Streaming radio, 'lofi hip-hop-beat to relax/study' to serta 'beats to sleep/chill to' di Channel Lofi Girl telahpun ditamatkan. Ianya disebabkan streaming tersebut telah melanggar hak cipta.
Lofi Girl selaku pemilik channel YouTube tersebut telah menyatakan demikian melalui laman rasmi Twitter. Malahan beliau kecewa serta berharap pihak YouTube membetulkan keadaan.
The lofi radios have been taken down because of false copyright strikes, hopefully @YouTubeCreators @YouTube will sort this quickly... pic.twitter.com/X01hL6jT2N
— Lofi Girl (@lofigirl) July 10, 2022
Kalau korang perasan, laporan hak cipta tersebut telah dibuat atas nama syarikat rakaman dari Malaysia, FMC Music Sdn Bhd. Agak-agak korang lagu apa tu? Ataupun ada yang mempergunakan nama FMC?
Apapun streaming yang diriliskan sejak Feb 2020 telahpun ditamatkan dengan tontonan sejumlah 700 juta!
Dua video streaming tersebut secara kasar telah bersiaran selama 28 bulan!
Pelbagai komen menyatakan kesedihan serta rindu dengan streaming yang menjadi peneman mereka dikala membuat homework mahupun sebagainya.
TeamYouTube telah membalas twitter tersebut dengan mengatakan akan membaiki permasalah tersebut. Sebelum ini juga, channel Lofi Girl pernah dipadam oleh pihak YouTube sehingga mencetuskan kemarahan para netizen sedunia. Namun ianya kembali semula.
Harap-harap adalah balik dua streaming ni.
Post a Comment