Sumber: YouTube tradiogangsta |
Selepas 11 tahun tidak beraksi, kumpulan Rage Against the Machine (RAtM) telah menghiburkan 30,000 penonton di Alpine Valley Music Theater, Wisconsin pada sabtu lalu.
Sekitar 2019, kumpulan tersebut mengeluarkan kenyataan akan kembali beraksi membuat jelajah pada tahun 2020. Tapi seperti korang tahu tahun tersebut kecoh dengan pandemik Covid-19. rancangan tersebut terpaksa dibawa ke 2022.
Kini mereka telah kembali dan bukan sahaja membuat persembahan namun menyampaikan amarah mereka terhadap keputusan mahkamah terhadap undang-undang terbaru tentang hak pengguguran.
Sejumlah $475,000 hasil daripada jualan tiket akan diserahkan badan NGO Winconsin serta Illinois yang memperjuangkan hak asasi.
RAtM menghiburkan para peminat sepanjang sejam setengah minit. Bukan sahaja mereka mempersembahkan lagu-lagu hit, terdapat beberapa montaj di layar belakang pentas. Ia menampilkan beberapa klip seperti kereta polis yang terbakar dan sebagainya.
Band tersebut bakal menyambung jelajah mereka pada tahun depan dengan 12 buah negara telah dipilih.
Sumber: variety
Post a Comment