Jamie Campbell Bower Dedah Peranan Black Metal Dalam Watak Vecna

Netflix

Vecna adalah watak jahat yang sangat memukau dalam musim terbaru Stranger Things. Peranan yang dibawa oleh Jamie Campbell Bower telah meninggalkan kesan yang hebat kepada para peminat.


Namun tahukah korang? Untuk menjayakan watak tersebut, Jamie telah mendengar beberapa lagu yang bergenrakan Black Metal.


Ianya didedahkan dalam podcast kyle Meredith With. Beliau dalam rancangan tersebut memberitahu bahawa ia banyak mendengar lagu Black Metal sebelum turun ke set penggambaraan Stranger Things. 


"Gini citernya, bila aku nak prepare untuk bawa watak vecna ni, aku banyak dengan lagu Black Metal macam Carpathian Forest, Mayhem, Darkthrone, Sunn O))) dan banyak lagilah senang citer. Ianya sangat hebat beb!" Katanya.


Ia juga menambah bahawa ada sesuatu dalam Black Metal yang membuatkan beliau sangat menyukai genre itu. Selain mencerita perihal Black Metal, beliau turut berkongsi minatnya terhadap band Placebo yang kebetulan pernah mencover lagu Kate Bush-running up that hill.


Selain Jamie, pelakon yang membawa watak Eddie Munson iaitu Joe Quinn juga mendengar beberapa band Metal dalam persiapan wataknya.


*Sebelum menjayakan watak Vecna, Jamie mempunyai sebuah band bernama Counterfeit. Namun jodohnya bersama band itu tidak lama sehingga tahun 2022. Kini beliau lebih senang bergerak solo dan sudah meriliskan dua lagu sejak Mei lalu.


sumber: Loudwire




Post a Comment

Previous Post Next Post