Imaginur (sumber website NYAFF) |
Membanggakan! Filem terbaru arahan Nik Amir Mustapha yang bertajuk Imaginur telah terpilih untuk membuat tayangan perdana di US. Ianya sempena New Yor Asian Filem Festival 2022 yang berlangsung pada 15 hingga 31 Julai 2022.
Imaginur adalah filem arahan Nik Amir Mustapha yang terbaru selepas Kil (2013), Terbaik Dari Langit (2014) dan Rise: Ini Kalilah (2018). Beliau memperolehi kejayaan yang sangat gemilang dengan Kil apabila mendapat anugerah pengarah serta lakon layar terbaik di Festival Filem Malaysia ke 26.
Kini dengan Imaginur, beliau mempertaruhkan para pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Diana Danielle. Malahan pelakon Kil iaitu Redza Minhat turut kembali sebagai penulis lakon layar bersama Nik Amir Mustapha.
Apapun tahniah buat wargakerja filem Imaginur. Filem tersebut akan tayang pada 23 Julai jam 7 malam waktu US di Lincoln Center, NY. Sapa-sapa yang duk dekat US dan nak tengok filem ni boleh beli tiket disini: imaginur
Post a Comment