Avril Lavigne |
Jika korang hidup di hujung era-era 2000s, mesti korang pernah dengar konspirasi tentang penyanyi Avril Lavitgne yang sudah meninggal dunia kan? Bukan itu sahaja, beliau juga digantikan dengan orang lain dan terus menerbitkan album-album baru.
Terkini, penyanyi tersebut telah memberi reaksi tentang konspirasi aneh tersebut di laman TikTok miliknya. Melalui laman sosial popular tersebut, beliau menampilkan dua persoalan yang sering muncul di laman sosialnya termasuk pertanyaan betul ke beliau sudah meninggal dunia?
@avrillavigne ♬ original sound - Millennial32
Seperti korang sendiri tengok, Avril dah naik mual dengan komen-komen seperti itu. Dah masuk 2022 kot, masih lagi ada yang percaya dengan konspirasi mengarut tersebut.
Imbas kembali, teori yang mengatakan beliau sudah meninggal ni start around tahun 2011 melalui blog dari Brazil iaitu Nylon. Hantaran blog tersebut menggunakan tajuk Avril Esta Morta (Avril dah meninggal) serta menyatakan penyanyi tersebut dah meninggal dari tahun 2003 lagi. Sebabnya ialah beliau mengalami tekanan hidup sehingga meninggal.
Demi menjaga nama serta kerjayanya, pihak syarikat rakaman telah mengupah seseorang yang mirip bernama Avril iaitu Melissa. Wanita tersebut mengambil tempat Avril dan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
Malah ada juga yang percaya terdapat pesanan rahsia dalam album tahun 2004 Avril, Under my Skin. Peh naik seram plak aku tengah menulis ni.
Apapun konspirasi ini ada beberapa mitos yang masih lagi dipercayai oleh beberapa orang. Dengan respon Avril di TikTok, mungkin kita semua boleh lupakan kot. ke korang tak caya lagi? Lantaklah!
Post a Comment