Travis Barker (gentefamosa) |
Pemain dram Blink-182, Travis Barker dilaporkan dibawa masuk ke hospital atas faktor kesihatan. Isteri beliau, Kourtney Kardashian menjadi peneman disisinya.
Merujuk TMZ, pemain dram Blink 182 telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami masalah kesihatan yang sangat serius. Malahan anaknya iaitu Alabama Barker, melalui Instagram Story menyeru agak para peminat untuk mendoakan kesihatan ayahnya.
Di twitter Travis tertulis God save me:
God save me
— Travis Barker (@travisbarker) June 28, 2022
Namun masalah kesihatan yang dialami oleh Travis masih lagi samar-samar buat para peminat. Pihak hospital West Hills menasihati pemain dram tersebut untuk mendapatkan penjagaan tambahan. Dan beliau telah dipindahkan ke pusat perubatan Cedars-Sinai melalui ambulans.
Semoga Travis kembali sihat.
Sumber: Fox News
Post a Comment