Dremeka Choir (AGT YouTube) |
Bikin kejutan! Satu kumpulan koir telah mendenangkan lagu popular Britney Spears, Toxic dalam versi Death Metal. Mereka menyanyikan single 2004 tersebut dalam rancangan America Got Talent (AGT) pada 28 Jun lalu.
Mereka ialah Dremeka Choir, sekumpulan penyanyi koir yang berasal dari kanada. Menggelar kumpulan mereka sebagai satu-satunya koir metal dalam dunia!
Dalam episod terbaru AGT, kumpulan tersebut memulakan aksi mereka dengan lagu opera medieval O Fortuna versi gelap dan kemudian bersambung dengan lagu Toxic versi Death Metal.
Lebih mengejutkan, ianya menampilkan 13 penyanyi yang mendendangkan Toxic dalam versi Death Metal. 13 orang tu weh! Para penonton serta juri sangat teruja menyaksikan sesuatu yang berbeza seperti ini. Kalau korang tak caya boleh tengok video di bawah ini:
Namun ketika mereka beraksi, salah seorang juri iaitu Heidi Klum menekan butang X tanda tidak setuju. Malahan beliau turut memberikan komen negatif selepas kumpulan tersebut selepas persembahan.
Berbeza dengan juri Simon Cowell yang sangat menyukai aksi koir death Metal tersebut. Memanggil memberi ulasan: 'seperti sekumpulan setan yang menyanyikan lagu dari file Omen' serta merasai elemen keseraman. Beliau turut akui memahami apa yang cuba disampaikan oleh dremeka Choir.
Apapun Dremeka Choir berjaya melangkah ke pusingan seterusnya. Tak sabar menantikan kejutan apa lagi dari dorang dalam pusingan seterusnya. Mungkin lagu Tiara versi death Metal?
Sumber: Loudwire
Post a Comment