Joe Keery dalam Stranger Things |
Joe Keery yang terkenal dengan watak Steve Harrington (Stranger Things), akan melancarkan album untuk solonya. Djo adalah nama yang dipakai oleh beliau dalam projek solo ini.
Sebelum tampil sebagai Djo serta berlakon, Joe terlebih dahulu beraksi sebagai pemain gitar untuk band Post Animal. Namun atas kesepakatan bersama kumpulan tersebut, Joe bertindak untuk berundur kerana terlalu sibuk dengan dunia lakonan.
Pada tahun 2019, Joe Keery telah meriliskan projek solonya yang bernama Djo. Roddy menjadi buah tangan pertama beliau sehingga beberapa lagi rilisan. Untuk album terbaru, ia bakal diriliskan pada 16 September 2022. Decide menjadi nama yang dipilih untuk projek solonya. Change menjadi taruhan pertama beliau daripada album tersebut.
Review sikit pasal Change: sebuah lagu yang bernuansa rancak dan sangat bertenaga. Best juga layan lagu si Joe Keery ni.
Apapun, tunggu drama terbaru dari Joe, Stranger Things musim 4 part 2 pada 1 Julai 2022.
Post a Comment