kredit: Danny Clinch/Republic Records |
Roland Mandel adalah seorang peminat setia Pearl Jam yang berasal dari Jerman. Namun dia mengalami nasib yang malang apabila menghidap ALS (Amyotrophic lateral Scleroisis) yang mengakibatkan dirinya sukar untuk bergerak. Antara tokoh terkenal yang pernah menghadapi penyakit tersebut ialah Stephen Hawkin.
Roland hanya ada satu saja impiannya, iaitu melihat Pearl Jam beraksi. Namun dirinya sedar ianya adalah mustahil. Dia yang juga hanya mempunyai beberapa bulan saja untuk hidup, jadi ini adalah satu-satu hajat yang dirinya inginkan.
Roland Mandel sitzt im Rollstuhl, ihm wurde der Zugang zur @WaldbuhneBerlin zunächst verwehrt. Denn dort fehlt es an #barrierefrei.en Plätzen – und zwar gewaltig: 12 statt der mindestens 220 (1% aller Plätze) gibt es dort.
— taz (@tazgezwitscher) June 14, 2022
👉 https://t.co/m4ksw5Q6qe
✒️@heim_taz @PearlJam pic.twitter.com/qRY0fAcIZh
Dengan tapak untuk pengunjung yang berkerusi roda sudah sold out, isteri Roland iaitu Sandra menyatakan bahawa suami perlu hadir ke konsert tersebut tak kira apa jua sekalipun!
Dengan situasi Roland yang sangat memilukan itu, satu kempen telah dijalankan di media sosial dengan hashtag #RVMforRoland. Selain membantu Roland untuk dapat menyaksikan Pearl jam buat kali terakhir, kempen ini juga memohon agak kumpulan tersebut memainkan lagu kegemaran Roland iaitu Rearviewmirror.
Kawan Roland juga turut terlibat dalam membantunya dari segi meminta pemohonan pihak penganjur untuk menunaikan hasrat terakhir tersebut. Selepas pelbagai rundingan, Roland Mandel berjaya untuk menyaksikan band kegemarannya berdekatan dengan pentas.
Di hari konsert berlangsung, Pearl Jam telah menghiburkan para peminat mereka di Berlin. Pada pertengahan konsert, Roland telah dibawa ke atas pentas. Eddie Vedder (vokalis Pearl Jam) telah menyatakan bahawa Roland perlu melihat detik-detik istimewa ini! Para penonton bertepuk tangan serta bersorak memberikan sokongan kepada Roland.
"Dia telah melalui pelbagai perkara semata-mata untuk hadir pada malam ini!" luah Eddie yang kemudiannya para penonton bersorak nama Roland.
Isteri Roland sangat bersyukur kerana hasrat terakhir suaminya telah tercapai. Dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu suami mencapai impiannya.
What a moment! We did it everyone. Here’s Roland getting to live out a dream and getting a wonderful ovation. @AxelPicker #RVMforRoland #pearljam pic.twitter.com/LU1z3yM1tv
— Live On 4 Legs Podcast (@liveon4legspod) June 21, 2022
kredit: Loudwire
Post a Comment