Misha Omar |
Misha Omar menunaikan doa dan impian para peminatnya dengan mengumumkan persembahan solo yang akan diadakan pada Disember ini. Kali terakhir beliau beraksi di pentas berprestij, Istana Budaya, adalah pada tahun 2021.
Setelah tiga tahun berlalu sejak konsert solo pertama itu, Misha Omar memilih panggung kecil untuk persembahan kali ini, yang dijangka lebih intim berbanding pentas konsert yang besar.
Dinamakan Misha Omar Back To Basic Showcase, persembahan ini akan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Odeum At Jiospace, Petaling Jaya mulai pukul 8.30 malam.
Anak seni kelahiran Kelantan ini menyatakan bahawa Misha Omar Back To Basic Showcase diadakan dalam skala kecil sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia menyokong beliau selama dua dekad kariernya.
Selain itu, persembahan ini juga merupakan langkah awal menuju konsert berskala besar yang menjadi impiannya pada masa depan.
“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam belantika muzik malah masih mampu kekal relevan, bohong jika saya katakan tidak punya mimpi mengadakan konsert besar-besaran.
“Mengapa MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE berskala kecil bukan sebuah konsert mega adalah kerana saya suka untuk memulakan sesuatu dengan langkah kecil sebelum mencetak sejarah yang lebih besar.
“MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE ini juga saya adakan khas buat peminat yang sentiasa bertanya mengenai bila saya akan menghiburkan mereka secara langsung.
“Ironi, saya sendiri seorang penyanyi yang juga tidak mementingkan soal sudah lama dalam industri maka perlu bikin konsert tapi lebih memilih melakukan kerja secara berperingkat.
“Mana tahu bermula dengan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE yang berskala kecil ini menjadi ‘pintu’ menuju konsert mega pada masa akan datang? Kita doa bersama,” ujar sederet tembang hit termasuk yang terkini, Masihkah Ada Rasa Itu.
Showcase ini, yang dianjurkan oleh Double M Productions, akan menampilkan Misha menghiburkan peminat selama 90 minit dengan iringan pemuzik berprofil tinggi.
Bintang berusia 42 tahun ini menggunakan khidmat Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal. Manakala Ayop Azril bertanggungjawab sebagai pengarah muzik bersama sembilan pemuzik di bawah pimpinannya.
Jennifer Thompson diberi tanggungjawab sebagai pengarah konsert, sementara Simon Khoo menggalas tugas pengarah teknikal.
Pada malam tersebut, Misha hanya ingin ‘bersenang-senang’ bersama peminat dengan seleksi tembang yang akan mengejutkan mereka.
“Alasan di sebalik pemilihan nama MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE juga punya signifikan tersendiri dengan konsep persembahan malam tersebut. Ia seperti pulang kepada asas.
“Saya akan membawa peminat pulang ke saat seorang Misha Omar baru mahu mencetak nama sebagai penyanyi selepas pertama kali mengikat kontrak bersama syarikat rakaman besar pada tahun 2002.
“Bagaimana saya sangat menghargai momen menyanyi di pentas kecil seperti Planet Hollywood dan menyanyikan tembang-tembang milik penghibur lain yang telah memberi saya kepercayaan dan inspirasi untuk terus berkarya.
“Selebihnya saya senang merahsiakannya dahulu tetapi yang pasti kejutan luar biasa sudah saya siapkan buat peminat yang hadir ke ODEUM AT JIOSPACE, PETALING JAYA pada 21 DISEMBER 2024,” jelas Misha.
Untuk peminat yang telah lama menanti Misha Omar kembali ke panggung, Misha Omar Back To Basic Showcase adalah momen yang tidak boleh dilepaskan.
Pastikan anda mendapatkan tiket secepat mungkin di platform JIOTIX: https://www.jiotix.asia/ untuk menyaksikan persembahan istimewa ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Misha Omar menghiburkan khalayak dengan vokal merdu dan ciri khasnya sebagai seorang penyanyi yang luar biasa.
Tiket akan mula dijual pada 27 November 2024, pukul 10 pagi.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi +6011-51003111 (teks Whatsapp sahaja) dan emel ask@jiotix.asia.
Post a Comment