Melalui instagram band tersebut (yang ditag bersama akaun Tim Lambesis), menyampaikan bahawa "Rakaman ini adalah untuk semua orang yang telah melalui badai mereka sendiri, dan saya bangga akhirnya dapat berkongsi dengan anda semua. Buat masa sekarang kumpulan ini hanya tinggal si Tim Lambesis sahaja.
Kumpulan metalcore yang berasal dari San Diego ini menghadapi masalah barisan anggotanya. Dengan Phil Sgrosso (gitar), Ken Susi (gitar), Ryan Neff (bass), dan Nick Pierce (dram) semua blah daripada As I Lay Dying.
Setiap bekas anggota seakan memberi bayangan tentang apa yang terjadi. Seperti Susi secara tersirat menyatakan, "...moral peribadi saya baru-baru ini diuji hingga ke tahap melampau," dan Sgrosso juga, "...tindakan terkini telah menunjukkan bahawa As I Lay Dying tidak lagi menawarkan persekitaran yang sihat atau selamat untuk sesiapa pun yang terlibat."
Sebagai respons, Tim Lambesis mengesahkan rancangan untuk membina semula kumpulan dengan barisan anggota baru. Akan tetapi tidak memberikan banyak butiran lanjut. Pergolakan ini membawa kepada pembatalan jelajah Eropah band ini pada musim luruh.
As I Lay Dying dijadual bermain di fesrival Rockville pada hari ini (waktu tempatan).
Post a Comment