Aizat Amdan |
Dengan konsep acara muzik indoor yang intim dan eksklusif, serta barisan artis terkenal seperti 6ixthsense, Insomniacks, Drama Band & Aizat Amdan. Fuse Creative Digital Media bercadang untuk menjadikan Asmara Loka sebagai acara untuk peminat muzik tempatan. Acara ini menyasarkan penggemar yang mengikuti trend "Galau" dan "Healing" yang sedang popular di media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram, terutamanya dalam kalangan generasi muda peminat muzik.
INSOMNIACKS |
Berikutan kempen Tourism Perak iaitu Travel to Perak 2024, ASMARA LOKA juga bertujuan mempromosikan bandar Ipoh yang telah diiktiraf sebagai Creative City of Music oleh UNESCO. Penganjuran acara Asmara Loka ini diharap dapat menarik minat belia dari seluruh negara untuk melawat Perak.
6IXTHSENSE |
Pengarah Projek ASMARA LOKA, Syahril Husny, yang lebih dikenali sebagai Aril, menekankan kepentingan acara ini dilaksanakan dan disokong oleh semua pihak: “Saya sebagai wakil daripada FUSE berharap ASMARA LOKA bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan bakat-bakat hebat tanah air, tetapi juga sebagai satu titik pertemuan bagi penggemar muzik yang menghargai dan menikmati trend muzik semasa. Kami yakin acara ini akan menjadi mercu tanda dalam kalendar acara muzik Malaysia dan membawa impak positif kepada industri pelancongan dan ekonomi setempat.”
Tiket jualan boleh dibeli di: https://www.ticket2u.com.my/event/37138/asmaraloka
Official Spotify Playlist Asmara Loka:
Post a Comment