Bakal Muncul Dengan Album Ketiga! Zee Avi Umum Single Terbaru Kerjasama Dengan Band Dari Jepun

Zee Avi And The Good Things

Penyanyi yang terkenal dengan single Kantoi dan Bitter Heart, Zee Avi telah mendedahkan akan muncul dengan album terbaru.

Hampir 13 tahun sejak album terakhir saya, Ghostbird dipasarkan, saya kini mempersiapkan album ketiga ya," komen Zee Avi tentang perkembangan album terbarunya.

Bintang comel molek dari Sarawak itu turut mengulas album terbaru dalam pembikinan ini sedikit berbeza berbanding dengan karya terdahulu kerana kini lebih matang serta bebas.

Ya, album penuh dengan sekitar 10 hingga 11 buah lagu. Dan berbeza lagi, saya kini bergerak secara indipendent. Jadi saya lebih bebas berkarya dan bebas untuk sempurnakan album ini," ulasnya. 

Malahan, Zee Avi turut mengumumkan kumpulan terbarunya iaitu Zee Avi And The Good Things yang turut terlibat dalam pembikinan album ketiga. Zee Avi And The Good Things terdiri Zee Avi sendiri, Raja Farouk (bass), Jude Macson (gitar), Yuswa Ansari (bass) dan AKZ (pengarah muzik serta drum/perkusi). Terdiri daripada pemuzik tempatan.

 Zee Avi And The Good Things

Malah muzik album kali ini lebih mencerminkan kematangan berkarya saya dan dengan sentuhan band saya, Zee Avi And The Good Things," ulasnya.

Tentu sahaja production dan sound di album ini lebih fresh tapi personal dan yang paling best, semua pemuzik dari Malaysia,” kata Zee Avi dengan penuh bangga.

Single Terbaru Kerjasama Dengan Band Jepun

Untuk menghangatkan lagi penantian album terbaru, Zee Avi memulakan langkah pengenalan dengan single terbaru berjudul Oyasumi Na Sayang. 

Single tersebut adalah kerjasama antara Zee Avi bersama MuchaMuchaM, band yang berasal dari Jepun. DIhasilkan dalam bahasa Melayu dan Jepun, Zee Avi berkongsikan keunikan proses menghasilkan lagu ini.

Pembikinan lagu ini juga sangat unik kerana semuanya dilakukan secara maya. Mereka berada di Jepun manakala saya pula di Malaysia. Proses kreatifnya bermula dengan karya atau komposisi lagu tanpa melodi dan lirik dari mereka. Kemudian saya menyumbangkan melodi dan lirik dalam bahasa Melayu. Dan mereka terima, Alhamdulillah,” ulas beliau. 

Untuk lagu ini terdapat dua versi iaitu versi MuchaMuchaM dan versi disko untuk Zee Avi And The The Good Things. Versi Zee Avi And The Good Things akan muncul tidak lama nanti, tetapi versi MuchaMuchaM, boleh didengari di semua streaming platfom.

Saya dan MuchaMuchaM pun baru rilis EP yang menampilkan tiga buah lagu dengan dua lagu original dan satu cover yang menyaksikan saya menyanyi dalam Bahasa Jepun,” umumnya dengan penuh teruja.


Axean Festival, Kuching Jazz Fest & Fourtwenty

 Dalam kesibukan menghasilkan album terbarunya, Zee Avi juga aktif dalam membuat persembahan. Antara seperti festival besar iaitu Axean Festival dan Kuching Jazz Fest.

 

Saya secara peribadi sangat teruja untuk membuat persembahan di Axean Festival dan Kuching Jazz Fest kerana ini akan menjadi panggung perdana buat saya muncul bersama Zee Avi and The Good Things. Saya juga tidak sabar untuk kongsikan sound baru kami,” katanya lagi.

 

Lebih menarik lagi, Zee Avi mendedahkan menerima lamaran untuk bersama dengan kumpulan popular Indonesia, Fourtwenty untuk dua persembahan pada masa terdekat.

 

Saya menerima emel dari pihak management mereka dan tentu sahaja saya terus dengan besar hati menerima peluang yang sangat istimewa dan unik ini," ulas Zee Avi tentang kerjasama bersama Fourtwenty.

Bersama Fourtwnty

Malahan baru-baru ini beliau dijemput oleh Fourtwnty untuk sesi latihan bersama mereka di Jakarta.

 

Banyak yang boleh dipelajari dari saudara-saudara kita di Indonesia, terutamanya dalam industri muzik mereka, filosofi mereka, dan juga penghormatan mereka terhadap kesenian yang direka dan penghormatan mereka terhadap komuniti mereka,” ulasnya kagum.


Dalam masa yang sama, Zee Avi turut terlibat dengan menganjurkan kutipan amal termasuk yang dilakukan baru-baru ini khas buat kanak-kanak di Gaza dengan kerjasama Mercy Malaysia di BoboKL Beliau turut menyatakan keterbukaan untuk terus diberi peluang memberi sumbangan terhadap komuniti Malaysia.

 

Dalam perjuangan seni, Zee Avi bersyukur kerana suaminya, Kenji Matano sentiasa menjadi penyokong dibelakangnya.

 

Dia adalah penyokong terkuat dan terbesar saya. Sentiasa memberi sokongan yang positif kepada saya, terutama jika saya ada rasa keraguan terhadap keyakinan diri saya," ulas Zee Avi tentang suaminya.

 

Dan saya rasa, ini semua adalah mungkin lebih penting bagi saya untuk teruskan perjalanan seni ini,” kata Zee Avi optimis dengan sokongan yang diberikan kepada dirinya.

 




Post a Comment

Previous Post Next Post