Deryck with Mike Shinoda |
Para peminat mula berspekulasi bahawa Deryck Whibley, vokalis utama Sum 41 kemungkinan akan mengambil peranan sebagai vokalis terbaru Linkin Park.
Desas-desus ini mula semakin mendapat perhatian besar minggu ini berikutan kiriman media sosial yang samar dari kedua-dua Kumpulan tersebut. Ini yang membuatkan para peminat mula yakin terhadap spekulasi tersebut.
Melalui laman sosial Sum 41, tertulis bahawa Deryck Whibley bakal mengumumkan sesuatu pada 28 Ogos 2024 ini.
Sementara itu, Linkin Park telah melancarkan kiraan terbalik selama 100 jam di laman web mereka, yang berakhir hampir dengan waktu pengumuman Sum 41 nanti. Masa yang sangat kebetulan ini tentu saja telah membangkitkan kemungkinan terhadap spekulasi tersebut.
Linkin Park adalah salah satu band Rock era 2000s yang sangat berjaya. Meraih jualan hampir 29.4 juta album hanya di Amerika Syarikat sahaja. Kumpulan tersebut mencetuskan fenomena dengan beberapa lagu hit seperti In The End (2003), What I’ve Done (2007), New Divide (2009) dan sebagainya.
Bagaimanapun, sejak vokalis utama, Chester Bennington meninggal dunia, band tersebut tiada lagi tampil dengan vokalis utama.
Deryck Whibley sebelum
ini pernah beraksi bersama Linkin Park dalam konsert tribute Chester Bennington
pada tahun 2017. Malahan Mike Shinoda sempat membantu set Sum 41 dalam festival
Reading 2018 untuk menyampaikan lagu Linkin Park-Faint.
Adakah Deryck Whibley bakal menjadi vokalis terbaru Linkin Park? Kita tunggu!!!!!!!!!
Sumber: billboard
Post a Comment