Tidak Diundang Beraksi Bersama Sex Pistols, Ini Reaksi Johnny Rotten

John Lydon meluahkan rasa geram apabila Sex Pistols mengumumkan konsert reunion tanpa kehadirannya.

Gitaris band punk legend tersebut, Steve Jones mengumumkan acara reunion tersebut di Instagram. Ahli-ahli lain seperti Paul Cook (dram) dan Glen Matlock (bass) turut bersama dalam konsert reunion tersebut. Lebih hebat jualan tiket acara ini abis dalam masa sangat cepat.

John Lydon atau lebih dikenali sebagai Johnny Rotten sangat bengang terhadap pengumuman tersebut. Lebih-lebih lagi posisi beliau sebagai vokalis digantikan oleh Frank Carter.
Melalui sumber terdekat, Johnny meluahkan beliau adalah Sex Pistols serta mengatakan bahawa konsert tersebut bakal menjadi jahanam!

Sebelum ini juga, Johnny telah bersengketa dengan Kumpulan Sex Pistols. Antara seperti beliau cuba menyaman band tersebut kerana membenarkan lagu Sex Pistols digunakan dalam drama Pistols. Namun beliau kalah dalam kes tersebut.

Konsert reunion Sex Pistols bersama Frank Carter bakal berlangsung pada 13-14 Ogos 2024 di Bush Hall London.

Sumber Dailymail

Post a Comment

Previous Post Next Post