Zamaera Keluar Dari Zon Selesa Dengan Single "Big Fish"


Zamaera

Penyanyi rap wanita berbakat hebat, Zamaera telah Kembali dengan single terbarunya, Big Fish. Lagu tersebut adalah hasil nukilan beliau sendiri bersama penerbit muzik serta DJ dari Kuala Lumpur iaitu Daaliah.
Mengulas tentang Big Fish, Zamaera menyatakan ianya terjadi selepas beliau bertemu dengan Daaliah. Tambahan lagi, lagu ini mempunyai mesej serta hala tuju sendiri yang cuba disampaikan oleh penyanyi tersebut.

 “.saya rasa seperti ‘seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil...Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini yang agak konservatif,” Katanya lagi.

“Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berkembang dalam kerjaya jika keluar dari zon selesa iaitu negara tersendiri dan lagu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis ‘independent’ yang berusaha keluar dari ruangan selesa tersebut. 
Daaliah

Menurut Daaliah, Kerjasama bersama Zamaera sangat bermakna kerana mereka berdua seperti ada persamaan. Walaupun mempunyai pelbagai cabaran, mereka cuba berdua menghasilkan single secara teliti.

“Karya ini diilhamkan daripada sub-genre muzik elektronik house, yang terkenal pada awal 90-an dari UK dikenali sebagai ‘Garage’ atau singkatannya UKG. Beberapa artis terkenal yang membuat muzik Garage ialah Craig David, Jorja Smith dan Wiley untuk menamakan beberapa,” ulas Daaliah.

Big Fish kini boleh didengari di beberapa platfom popular.

Post a Comment

Previous Post Next Post