Bikin tanda tanya! Kumpulan Paramore telah membersihkan segala hantaran di laman sosial Instagram dan X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter). Bahkan website band tersebut (Paramore.net) juga sudah tiada.
Apa yang dilakukan oleh Paramore ini membuat para peminat dorang tertanya-tanya, gapo hok berlaku ni?
Gambar profile di laman sosial dorang juga sudah tiada gambar band lagi.
Bagaimanapun, di laman Facebook dorang masih lagi mempunyai hantaran namun paling terbaru adalah pada 17 Disember lalu iaitu hantaran pasal ucapan selamat ulang tahun buat gitaris Taylor York.
Apa sudah berlaku ni weh?
Para peminat telah berbincang dalam forum Reddit tentang apa yang berlaku terhadap band tersebut.
Ada pengguna Reddit menyatakan mereka masih dapat melayari website rasmi Paramore. Ada juga yang menulis bahawa kumpulan tersebut bakal membuat tindakan yang drastik dengan meninggalkan label naungan mereka.
Korang boleh baca sendiri disini: reddit paramore
Sesetengan pengguna Reddit yang lain menyatakan mereka harus bersabar dan jangan terlampau panik. Kita semua perlu tunggu pengumuman rasmi daripada Paramore.
Sementara komen di gambar profile Facebook (gambar unknown facebook) menerima lebih puluhan ribu komen. Ada yang menggunakan lirik daripada lagu Paramore dalam ruangan komen tersebut
So apa pula komen korang?
Sumber: Loudwire
Post a Comment