Dendang! adalah sebuah lagu yang menampilkan elemen elektronik, post-disco, funk, 80s new wave, dan synth pop.
Ianya bukan sahaja tampil sebagai sebuah lagu yang rancak semata-mata, malahan terdapat pesan yang deep dalam liriknya iaitu bagaimana sesetengah manusia yang terlampau busy dengan urusan dunia sampai terlupa untuk menikmati kehidupan.Dalam karya ini jelas Ramayan cuba menghasilkan sebuah lagu yang catchy serta mudah untuk dihadam. Lebih-lebih kini mereka tinggal berempat termasuklah ahli terbaru, Izzat yang banyak menulis lagu dengan menggunakan komputer.
Faliq Mohd |
Tambah mereka lagi, bekerja bersama Faliq memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan! Seakan Faliq dah menjadi salah seorang daripada kumpulan Ramayan.
Faliq turut menyatakan bahawa beliau sangat teruja dapat bekerjasama dengan Ramayan. Ulasnya lagi, kumpulan tersebut mempunyai sound yang begitu unik dalam Malaysia. Faliq kini sibuk dengan projek solonya, FLQ yang sudah muncul dengan first album, Untuk Kau.
Dendang! juga hadir dengan sebuah muzik video yang mendapat sentuhan daripada Hashra Shamsuddin. Muzik video ini menampilkan pelakon terkenal, Sharifah Amani sebagai watak utama.
Sharifah Amani |
Dalam video tersebut, Sharifah Amani mengalaskan watak sebagai kerani pejabat yang busy sokmo. Timbul pula beberapa watak misteri yang muncul untuk mengajak ia untuk berehat serta menari.
Korang boleh lihat sendiri muzik video ini di YouTube. Jangan lupa layan lagu Dendang! di beberapa platform streaming popular.
Post a Comment