Jadi detik hitam! Konsert Bring Me The Horizon (BMTH) yang berlangsung di Indonesia semalam (10 Nov 2023) dihentikan separuh jalan.
Ianya bermula apabila vokalis band tersebut, Oliver Sykes terus beredar dari pentas selepas melakukan persembahan tanpa kembali semula. Ada beberapa kesilapan teknikal yang mengganggu sepanjang persembahan mereka.
Para penonton menunggu hampir setengah jam sehingga pihak penganjur mengumumkan bahawa konsert terpaksa dihentikan.
"Kita punya masalah di stage...jadi kita harus stop shownya malam ini...boleh keluar dengan tenang," ucap wakit Ravel Entertainment sebagai penganjur.
Konser Bring Me The Horizon (BMTH) yang berlangsung di Beach City International Stadium Ancol, Jakarta diberhentikan.
— X T R E M E (@XtremeMerch) November 10, 2023
Sebelum diberhentikan, Bring Me The Horizon sudah sempat memainkan beberapa lagu yang dimulai pada sekitar pukul 21:15 WIB. Panitia belum memberikan keterangan… pic.twitter.com/NzVktTieL2
Para penonton semakin geram dan tak berpuas hati dengan pengumuman tersebut. Ada yang menjerit refund! refund! serta ada juga yang membaling barang ke arah wakil tersebut.
BREAKING NEWS!! Konser BMTH ricuh pic.twitter.com/7pdMnqZatj
— Mazzini (@mazzini_gsp) November 10, 2023
Keadaan semakin teruk apabila ada para penonton yang naik ke atas stage.
Pengumuman rasmi daripada pihak penganjur |
Tiada pengumuman lanjut daripada BMTH tentang kejadian tersebut. Namun vokalis Saosin, Cove Reber meluahkan kekecewaannya dalam Instagram Story. Band beliau menjadi pembuka acara tersebut.
Sumber: Instagram Story Cove Reber |
BMTH dijadualkan bakal mengadakan persembahan kedua mereka di Indonesia pada hari ini di lokasi yang sama iaitu Beach City International Stadium Ancol, Jakarta.
Sumber Kompas, NME
Post a Comment