Kredit: IG Ahmad Dhani |
Ahmad Dhani dari Kumpulan Dewa19 telah memuatnaik video permohonan maaf kepada pihak tentera Indonesia. Ianya disampaikan melalui Instagram rasmi miliknya.
Dalam video tersebut, Ahmad Dhani memohon maaf terhadap pihak tentera kerana telah melakukan kempen politik di kawasan tentera udara. Sepatutnya kawasan tersebut perlu berkecuali daripada unsur-unsur politik.
"Karena kemarin di Tasikmalaya, saya telah melanggar etika yang seharusnya saya tidak boleh lakukan yaitu mengkampanyekan Prabowo presiden di daerah militer, khususnya Angkatan Udara, yang seharusnya menjadi daerah netral," ulasnya dalam video tersebut.
Beliau turut melakukan kempen politik untuk Isteri, Mulan Jameela dari parti Parti Gerindra. Aktiviti tersebut dilakukan di pangkalan tentera udara Tasikmalaya, Jawa Barat.
Ahmad Dhani juga berjanji tidak akan melakukan perkara tersebut lagi.
Ahmad Dhani Bersama Anwar Ibrahim. Kredit IG Ahmad Dhani |
Post a Comment