Brandon Flowers. Kredit IG The Killer |
Frontman The Killers, Brandon Flowers telah mendapat cemuhan para peminat ketika konsert mereka di negara Georgia.
Perkara ini berlaku apabila penyanyi tersebut ternampak salah seorang penonton yang membawa sepanduk yang bertulis: "Kalau ada nasib saya, saya nak main dram untuk korang". Lantas Brandon telah mempelawa penonton tersebut untuk bermain dram dengan mereka.
Namun hal lain pula berlaku apabila beliau mendapat tahu yang penonton tersebut adalah warga Russia. Brandon telah berkata,"dia ni orang Russia, korang ok tak, gua ok je," katanya yang disambut dengan kecaman oleh penonton lain.
Untuk pengetahuan korang, Georgia adalah antara bekas tanah jajahan Russia. Negara tersebut pernah diserang oleh Russia pada tahun 2008.
Lebih memburukan keadaan, frontman The Killers tersebut menyatakan bahawa mereka semua adalah bersaudara. Kata-kata itu terus mendapat kecaman lagi.
Just stumbled across this video on ig pic.twitter.com/VVdJfioN2C
— ania (@battleiswon) August 15, 2023
Ada antara penonton sudah blah daripada menonton aksi The Killers selepas kecewa dengan apa yang dorang dengar daripada mulut Brandon tu.
Sejurus selepas peristiwa tersebut, The Killer mengumumkan bahawa mereka meminta maaf selepas apa yang terjadi di konsert tersebut. Ianya diumumkan melalui Twitter milik dorang.
— The Killers (@thekillers) August 15, 2023
Post a Comment