Ribuan Peminat Beri Penghormatan Terakhir Buat Sinead O'Connor

 

Penyanyi lagenda Ireland, Sinead O'Connor telah selamat dikebumikan, semalam di tanah perkuburan Islam Ireland.

Para peminat memberikan penghormatan terakhir buat Sinead O'ConnorKredit: AFP


Ribuan peminat tanpa mengira bangsa mahupun agama telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Ianya termasuk presiden Ireland, Michael Higgins serta Perdana Menteri, Leo Varadkar.


Jenazah telah dibawa melalui kampung halamanya di Bray, Ireland. Di sinilah Sinead O'Connor telah dibesarkan selama 15 tahun.

Sinéad O'Connor melakukan persembahan Vogue Theatre, 2020. Kredit CNN

Jenazah telah disolatkan oleh komuniti Islam Ireland dengan Ketua Imam Pusat Islam Ireland, Shaykh Umar Al Qadri menjadi ketuanya. 


Menurut Shaykh Umar, Allahyarhamah seorang penyanyi yang mempunyai suara yang hebat.

Sinead O'Connor telah meninggal dunia pada 26 Julai lalu ketika usia 56 tahun. Pada tahun 2018, beliau telah memeluk agama Islam serta mengabdikan nama Shuhada' Sadaqat.

Sumber: harian metro

Post a Comment

Previous Post Next Post