The 1975 |
Kumpulan yang penuh kontroversi, The 1975 bakal menerima padahnya ekoran aksi tak senonoh mereka di acara The Good Vibes bulan lalu.
Penganjur acara tersebut, Future Sound Asia (FSA) secara rasminya membuat tuntutan ganti rugi buat The 1975 selepas apa yang dilakukan oleh vokalis tersebut, si mangkuk Matty Healy telah mencemarkan suasana acara tersebut.
Baki dua hari The Good Vibes telah dibatalkan atas arahan pihak kerajaan
The 1975 telah diberi masa selama tujuh hari untuk membalas tuntutan atau membayar ganti rugi sebanyak RM12.3 juta di atas segala yang mereka lakukan di Malaysia. Jika dorang gagal membayar, maka dorang bakal diseret ke mahkamah United Kingdom.
Aksi yang mengejutkan negara tempoh hari |
Merujuk wakil peguam penganjur acara tersebut (8 Ogos, Malaysiakini), apa yang dituntut oleh pihak penganjur adalah meminta The 1975 bertanggungjawab atas kesalahan mereka melanggar kontrak ketika perfom di event tersebut.
Tambahnya lagi, vokalis tersebut (Matty Healy) telah membuat janji bertulis sebelum perfom iaitu mereka akan mematuhi segala peraturan ketika membuat persembahan di Malaysia.
Matty Healy |
Dan jika kumpulan poyo tersebut tidak membayar ganti rugi, maka siap-siaplah dorang masuk ke mahkamah nanti ye. Memang nasib korang The 1975.
Post a Comment