Semakin Hampir! Fung Keong Lancar Koleksi Osman Tikus

Kredit: FB Pyanhabib Rahman


Brand kasut legend, Fung Keong bakal mengeluarkan koleksi terbaru mereka. Kali ini pula ialah watak ikonik daripada filem Kembara Seniman Jalanan iaitu Osman Tikus.


Osman Tikus adalah watak yang dibawakan oleh penyajak/pelakon Pyanhabib. Dalam filem tersebut, Osman Tikus adalah sahabat kepada Bujang (lakonan M.Nasir) yang menempuh kehidupan duri ranjau dalam Kuala Lumpur. 


Filem arahan Nasir Jani ini turut menampilkan kritikan terhadap cetak rompak, dunia hiburan Malaysia dan sebagainya.


Koleksi ini hadir dalam warna merah serta terdapat pilihan iaitu low dan high cut.

Kredit: FB Pyanhabib Rahman


Fung Keong sebelum ini sudah meriliskan edisi Nasir Jani. Untuk edisi terbaru ini bakal dilancarkan di semua media sosial Fung Keong pada 6 Ogos 2023. Korang boleh order link di bawah:

https://rabaklit.com/fk-sneakers/

Follow media sosial Fung Keong: 

https://www.instagram.com/fungkeongofficial/

https://www.facebook.com/fungkeongshoes



Post a Comment

Previous Post Next Post