Radiohead 90s. Kredit https://psu.edu |
Pemain dram kumpulan Radiohead, Philip Selway telah memaklumkan bahawa dorang ada perancangan untuk menghasilkan album terbaru dalam masa beberapa tahun nanti.
Beliau serta beberapa anggota Radiohead yang lain telah bertemu pada tahun ini. Mereka telah berbincangkan tentang projek yang bakal mereka jalankan.
"Set kitaorang ada jumpa-jumpa pada awal tahun ni. Dan aku yakin kitaorang akan mula untuk mencari beberapa idea projek akan datang," ulasnya yang dipetik daripada NME.
Philip Selway |
Seperti para peminat dorang tahu, Radiohead agak menyepi sementara beberapa ahli lain busy benor dengan job solo masing-masing.
"Set kitaorang selalu bercakap tentang perkara ini (membuat album). Namun buat masa sekarang kitaorang busy dengan hal masing-masing," ulas pemain dram tersebut kepada Prog Magazine.
Sebagai kesimpulan, kita mungkin takkan dapat mendengar album terbaru tahun ini. Namun sudah ditetapkan bahawa Radiohead memang merancang membikin album pada masa akan datang. Buat para peminat Radiohead, harap korang bersabar sambil layan lagu Creep.
Post a Comment