Linkin Park Tidak Berminat 'Menghidupkan Kembali' Chester Bennington

 

Chester Bennington pada 04/8/2009 di London, England. Video Thumbnail

Walaupun sekarang dah ada teknologi power nak mampus! Namun bagi Mike Shinoda daripada kumpulan Linkin Park, menghidupkan kembali Chester Bennington melalui teknologi hologram adalah satu idea yang mengarut!


Teknologi hologram ni ialah teknik yang menghidupkan imej tige dimensi. Antara contoh korang boleh tengok macam show hologram Tupac.


Bercakap dalam podcast 94.5 The Buzz, beliau menambah bahawa ia tidak berminat untuk menyaksikan hologram Chester Bennington menyanyi bersama kumpulannya secara live.

"Weh tu seram beb," beliau mencelah. Mike Shinoda merasanya ianya sesuatu yang sangat sensitif serta merasakan perkara tersebut tidak perlu dilakukan.


Mike Shinoda akui topik hologram ini sangat menarik melalui kaca mata peminat. Merujuk kepada show ABBA Voyage tour, beliau menambah para peminat memang teringin merasai detik nostalgia kumpulan kegemaran dorang.

Mike Shinoda di See Us Unite for Change. kredit Kevin Mazur/Getty Images

Beliau akui faham kehendak sesetengah pihak, namun beliau tidak menyukai idea tersebut. Mike Shinoda menambah tidak akan membeli tiket ke acara yang melibatkan hologram seperti itu.


Beliau turut memberikan pendapat bahawa masalah dengan zaman internet sekarang ialah semua orang anggap segalanya untuk mereka. Apa yang dimaksudkan ialah kalau pihak tu buat macam ni, so kita pun kena buat macam tu juga. Kalau kita tak buat macam yang lain, orang boleh tak suka kita.

So senang citer, trend hologram ni memang takde dalam kepada otak Mike and the gang.


Post a Comment

Previous Post Next Post