Lily Jannah Bawa Isu Wanita Dalam 'Luka'

Lily Jannah

Bintang rnb berbakat besar, Lily Jannah telah meriliskan single kedua yang berjudul Luka. Ianya telah diriliskan di beberapa platfom muzik popular. Sebelum ini, beliau pernah muncul dengan lagu bertajuk Jujur, sebuah runut bunyi untuk filem Keluarga Iskandar.

Luka adalah satu karya yang membawa kesedaran mengenai wanita yang berada dalam hubungan toksik. Lagu ini menceritakan bagaimana kesakitan yang dialami oleh seorang perempuan yang cuba merayu untuk berpisah atas kebaikkan semua pihak.

Lily Jannah

“Luka diilhamkan dari wanita yang berada di dalam situasi sukar dalam hubungan atau perkahwinan mereka; lahu ini adalah untuk mereka”. Jelas Lily Jannah.


Lagu ini ditulis sendiri oleh Lily serta diproduksikan oleh rakan baiknya, Irma Seleman. “Alhamdullilah, saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Irma. Dia faham perasaan pabila berada di dalam situasi itu. Saya rasa kami berjaya mencipta karya seni yang bermakna. Kami serasi dan cakna dengan penderitaan wanita ini,” jelas Lily mengenai kerjasama bersama Irma 

Luka promo photo

Single ini mengambil masa lima tahun untuk dihasilkan bermula dengan draf, demo sehingga akhirnya menjadi lagu yang sempurna. Luka menjadi single pertama Lily daripada album terbaru yang bakal diriliskan tidak lama nanti.


Lily berharap Luka mampu memberikan semangat buat para wanita. "Saya sedar bahawa perhubungan itu rumit, dan memerlukan banyak kompromi. Walau bagaimanapun, apabila batasan telah dilanggar dan hubungan menjadi kejam dan tidak boleh diterima – semoga ‘Luka’ boleh memberi mereka kekuatan untuk membuat keputusan yang betul dan memastikan diri mereka tidak gagal untuk mengecapi sesuatu yang lebih baik.” jelasnya lagi.


Dengarkan Luka sekarang! Follow Lily di Instagram: https://www.instagram.com/lily.jannah/

Post a Comment

Previous Post Next Post