Interview: Thy Regiment Kongsi Detik Beraksi di Hammersonic Festival

Thy Regiment at Hammersonic Fest 2023
Satu kenangan terindah buat band Hardcore lokal, Thy Regiment apabila diberi peluang beraksi di Hammersonic, sebuah acara Metal terbesar di Indonesia pada 18 Mac lalu. Apa-apapun korang bacalah interview special Thy Regiment berkongsi tentang detik beraksi di sana.

Bagaimana terpilih dalam Hammersonic Fest tempoh hari?

Kami dihubungi oleh Samstrong Records iaitu records label yang mengendalikan Thy Regiment IRON Heart Tour pada tahun 2018 dan menjadi perantara kepada pihak management HAMMERSONIC, Pihak Samstrong Records memberi tahu yang pihak Hammersonic memilih Thy Regiment dari beberapa buah band yang di cadangkan ke pihak Hammersonic.


Lalu kami dihubungi terus dari suadara Ucok dari Jogja di bawah kendalian Mr Krishna orang kuat boss Hammersonic Mr Ravel. Kami diberi tahu akan beraksi jam 3.30 petang di Sonic stage iaitu stage kedua terbesar pada hari konsert tersebut. 



Berita ini diterima tiga minggu sebelum acara Hammersonic berlangsung. Selepas dua hari berbincang, dengan masa yang agak terhad kami bersetuju untuk menyertai acara Hammersonic. Malangnya tarikh acara Hammersonic diadakan sama dengan tarikh konsert Search di Singapura dan oleh sebab itu pemain drum kami (min) tidak dapat sertai kami bersama ke Hammersonic. 


Kami bersetuju memilih Aqil dari band Consecrate daripada beberapa drummer pilihan lain untuk mengambil alih tempat Min. Advantage Aqil sebab pernah menjadi sessionist kami dahulu. Walaupun dengan tiga kali sesi latihan, Aqil berjaya mengalas tugas dengan jayanya semasa di Hammersonic. 


Di sana kami dikendalikan penuh oleh wakil Hammersonic, saudara Ucok dan Krishna dari hari pertama kami sampai ke Jakarta hingga kami pulang ke Kuala Lumpur. FYI kami memang dah beli ticket concert pada 2019 tu sebelum pandemic berlaku. 


Aksi Thy Regiment di Hammersonic fest. Kredit photo Thy Regiment

Bagaimana perasaan ketika perform di Hammersonic

Pengalaman touring dan Bermain di stage-stage berskala besar di Malaysia membuatkan kami dari mula rasa agak macam biasa sahaja di Hammersonic. Bila kami turun ke lobby hotel tengok terlalu ramai artis di lobby hotel kami dah rasa agak seram Yang paling thrill apabila bila bas shuttle bawa kami ke venue. 


Perasaaan mula berubah menjadi agak takut apabila melihat pentas berkembar Hammer dan Sonic dari belakang. Bas hantar kami ngam-ngam belakang stage.


FYI lebih empat security checkpoint untuk redah sampai backstage. Sahabat kami band tempatan indonesia iaitu (HUMANINAL) waktu itu mereka sedang perform. Kami agak surprised dengan sound yang sangat lain dari pentas-pentas besar di Malaysia. Melihat crowd yang datang berpusu ke stage dalam skala yang agak besar. 


Kami tidak diberi waktu untuk sound check dan hanyalah line check sewaktu band sebelum kami sedang beraksi.ini adalah pengalaman baru bagi kami, kerana line check yang agak rushing dan agak tak pasti dgn monitor di atas stage. 


Time tu memang tawakal sahaja sound macm mana yang akan keluar. Semasa kami di announce, kami naik dan jalan intro full band, kami terkejut dengan input sound yang keluar di atas stage. Soundman memang power!


Mungkin awal set (dua lagu)
sound tak beberapa balance, tapi selepas tu sound kembali balance sampai akhir lagu. Sound monitor jelas di atas stage membuatkan kami lebih yakin untuk memberikan 101% energy persembahan. 


Perasaan gugup tukar menjadi fun apabila dapat melihat barisan hadapan crowd dan kawan-kawan dari Malaysia yang hadir untuk support kami. Jutaan Terima kasih diucapkan kepada anda semua.



Of course kami sangat berbangga dan terharu kerana dapat membawa nama Malaysia dan represent K.L.H.C , KERAMAT DURJANA dan M.Y.H.C di sana dan menjadi band Hardcore pertama beraksi di pentas Hammersonic.


Respon peminat disana?

Pada mulanya kami tidak menjangkakan yang crowd akan enjoy dan hargai kami. Plus kami adalah band Hardcore Malaysia pertama yang ke pentas Hammersonic. Kerana band Hardcore di sana lebih kepada alunan dan riff-riff metal serta lain daripada kebanyakan band Hardcore di Malaysia termasuklah kami. 


Mostly yang datang semua brother-brother Metal dan mempunyai taste music yang tinggi dan tak pernah tahu tentang kami mahupon dah tau tapi buat-buat tak tau..hahahahahah.... End up banyak komen dan feedback positif yang kami terima selepas habis perform


Di set kami Wall of Death, Circle Pit, Two Step dan Mosh Liar yang dapat dilihat dan itu juga faktor membuatkan kami lebih bersemangat. Di situ kami berjaya membuka mata sesetengah pihak tentang music quality Hardcore di Malaysia. 


kami juga di datangi kawan-kawan Indonesia yang bersama kami sewaktu tour dahulu. Support daripada orang Indonesia mahupun daripada negara lain seperti sangat memberangsangkan. 

kredit: Thy Regiment

Pengalaman sewaktu berada di sana?

Berjumpa dengan band-band international di hotel, back stage (Watain, Sinister, Deez Nutz, Tiny Moving Parts, Batushka ,Vio-lence ). Dapat belajar dan orbserve cara crew stage buat kerja (mereka sangat jaga timing dan security ). Dapat tengok crew band international preparation setup sebelum band performance (banyak kami belajar). Dapat tengok band international dari backstage dan depan stage.


Dapat kawan baru dari band local Indonesia, record label dan organizer sana. Dapat jumpa idola dan beramah mesra. Dapat belajar cara mengurus band lebih properDapat input baru macam mana nak upgrade dari segi playing dan stage performance. 


Harapan Thy Regiment?

*Lebih banyak band local ke international festival.

*Lebih banyak band local tour ke luar negara mahupon dalam negara (TOUR).

*Tiada pilih bulu dalam music genre.

*Organizer local boleh bekerja sama dalam buat sesasutu event (collaboration)

*Lebih banyak record label and local brand support music movement

*Lebih banyak material fizikal dari band local kita

Teruskan berkarya!

Post a Comment

Previous Post Next Post