FLQ |
Faliq yang sebelum ini dikenali dengan group Pastel Lite, kini kembali aktif sebagai artis solo. Lebih ingin dikenali sebagai FLQ, beliau bakal muncul dengan album pertama-Untuk Kau pada 10 March ini.
Jom ikuti interview istimewa bersama FLQ
Hello Faliq, tengah buat apa tu?
Hi Kugigran, baru je lepas record strings section untuk satu artis Luncai Mas ni.
FLQ tu apa? Cer citer sikit pasal FLQ ni?
FLQ ni nama saya Faliq diringkas kan, bedroom pop artist dan producer. Sekarang dibawah naungan indie label Yuna Room Records untuk debut album nanti.
Cerita sikit pasal lagu-lagu FLQ, adakah konsep yang cuba diperjuangkan?
Setiap lagu dalam “Untuk Kau” mempunyai elemen nya sendiri mewakili perasaan roller coaster saya selepas musnahnya apa yang saya bina selama ini. Genre Fluidity!
FLQ with Hullera |
Lebih selesa bergerak solo or group?
Saya dari awal selesa bergerak secara duo, senang ada dua kepala je untuk buat apa-apa keputusan dalam karya. Tapi sekarang saya kena biasakanlah bergerak secara solo tapi bersama-sama rakan seni yang lain. Goyah sikit sebab seorang diri buat decision, cuma kena selalu minta nasihat mak ayah supaya yakin kepada fokus utama.
Cuba cerita sedikit tentang album akan keluar tu?
“Untuk Kau” ada 7 track kesemuanya insyallah akan mendarat di semua pelantar Digital 10 Mac 2023. Dalam format fizikal insyallah akan keluar cd, kaset dan vinyl. Album ini berkolabrasi bersama Dian RautRaz, Hullera, Acap Loko, Pi’e Ramayan, Ej Safari, Lolaophy, Wan PL dan Norish Dhania.
Untuk Kau album |
Lagu rakam dekat mana?
masa writing proses tu adalah buat music camp dengan Dian kat tepi pantai dan sungai, tapi keseluruhan album baru ni dirakam di studio Yuna dan KGE studio.
Sebenarnya apa yang terjadi dengan Pastel Lite?
Entah, saya pun keliru sebenarnya. Kejap kata hiatus kejap dia nak keluar. Pening jap saya. Lepas tu kecoh dah RIP. Padahal saya tak pernah bagi apa-apa statement pun. Sedih juga sebab seolah olah saya ni macam pak pacak je dalam Pastel Lite tu tiada hak bersuara. Lepas tu bila saya perform lagu Pastel Lite tanpa vocalist asal, kena fitnah saya curi, padahal itu karya saya bersama juga.
Bukan salah pun perform lagu Pastel Lite, bukan saya rakam semula buat album lain. Lepas tu tabur fitnah kat internet dan nak saman saya, sampai harini saya tunggu saman dari dia tak sampai-sampai. Kenapa? Seronok bagi false accusation? Itu trick lama la play victim, budak hingusan boleh lah dia tipu. Saya sedih gila bila ada juga fans Pastel Lite f**k caci maki saya tanpa usul periksa. Tapi yang saya nak bagitahu sekarang, saya masih sayang Pastel Lite dan Pastel Lite ada selamanya walau dah tak perform.
Ada plan nak buat tour?
Yes, insyallah jika dipermudahkan urusan apa yang kami plan.
Yuna (kredit IG Yuna) |
Siapa buat design cover album Untuk Kau tu? Ada pengaruh japanese city pop sikit
Yuna! dan ya.
Kenapa album terbaru nanti banyak sangat artis kolaborasi lain? Cer citer sikit
“Untuk Kau” ni macam Producer yang buat album untuk dia gali bunyi yang dia belum pernah teroka. Jadi nya dia compose lagu dan cari nada suara-suara yang dia nak teroka. Sebab tu ramai artis dalam album ni. Contoh terdekat macam album RAM dari Daft Punk.
Playlist sekarang? Lagu, filem, book, kopi?
Sekarang tengah layan album Beabadoobee dan For Lovers dari Lamp. Haritu baru sempat tengok Requiem for a Dream untuk filem. Tengah baca The Stranger by Albert Camus untuk book. Kopi saya tak minum sebab trigger anxiety.
12 harapan untuk album terbaru ni?
- Dapat tour satu Malaysia
- Dapat perform di Jakarta
- Dapat perform di Bandung
- Dapat perform di Japan
- Dapat jumpa setiap peminat depan-depan
- Dapat makan avocado lagi
- Dapat kongsi rezeki dengan semua yang terlibat lagi.
- Dapat jadi cover depan zine Kugigran lagi macam Pastel Lite dulu
- Dapat dapat
- Dapat dapat dapat
- Dapat dapat dapat dapat
- Dapat dapat dapat dapat dapat
Post a Comment