Pemain Dram Kumpulan Hi-Standard Meninggal Dunia

Mendiang Akira Tsuneoka

Kumpulan Punk Rock dari Jepun, Hi-Standard telah mengumumkan berita kematian pemain dram dorang, Akira Tsuneoka. Mendiang yang berusia 51 tahun meninggal dunia pada 14 Februari.


Berita mengejutkan ini disampaikan melalui Instagram band ini. Disampaikan dalam bahasa Jepun, ianya lebih kepada berita kematian Akira dan meminta pihak media untuk menghormati serta tidak menimbulkan spekulasi tentang kematian mendiang.



Hi-Standard


Mendiang telah bersama Hi-Standard sejak tahun 1991 lagi bersama Akihiro Nanba (vokal) dan ken Yokoyama(gitar). Kumpulan ini mencapai pelbagai kejayaan termasuklah berjaya menyertai keluarga Fat Wreck Chords. 


Inilah lagu pertama penulis kenal band ni. Cover lagu tema kartun Kiteretsu. Terima kasih buat Akira Tsuneoka kerana pernah menghiburkan para peminat.


Post a Comment

Previous Post Next Post