Djin |
Pemain gitar kumpulan ini, David Salim memberiathu bahawa muzik video ini mengangkat kisah kepada pemujaan terhadap idol yang palsu. Berdasarkan lirik, ianya menceritakan tentang sebuah pihak yang menjadi controller terhadap pemikiran manusia.
“Pihak ini melakukan intercept terhadap pola pikir manusia. Bagaimana manusia yang jiwanya di-intercept dapat mengubah cara pandang mereka terhadap kebenaran dan segala sesuatu yang sifatnya baik,” katanya.
Tambah beliau lagi, fenomena ini dijalankan oleh sosial media yang menyebarkan berita terlampau banyak tanpa kawalan. David berharap muzik video ini dapat memberikan mesej kepada para penonton.
Djin beraksi di Bali Indonesia. Kredit IG @stageshot_ |
Pada awalnya, band Djin tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan muzik video ini. Namun disebabkan terfikirkan kepada mesej dalam lagu tersebut, so dorang cuba membuat muzik video tersebut.
“Pengaplikasan teknologi itu sangat cocok untuk konsep video lagu ini yang juga bersifat science fiction. Meski demikian dari segi lirik, hal tersebut memang realita,” katanya.
Pembikinan muzik video ini dilakukan dalam masa hanya 12 jam. Dari malam sehingga subuh, semua yang terlibat tetap bersemangat walaupun rasa nak mengantuk tu boleh tahan gak.
Djin telah mendapat kepercayaan produksi Nocturnal Blazze untuk menghasilkan muzik video ini. Manakala untuk proses animasi telah diberi kepada Artemis Studio. Studio ini telah terlibat dalam mengerjakan muzik video band-band hebat seperti Pee Wee Gaskins, StraightOut, Kerakah, dan Hurt’em.
Muzik video Phase II: Lucid Interception akan diriliskan pada 31 Disember 2022 jam 3 petang. link ada di bawah.
Post a Comment