Muzik video terbaru Turbokids: Ang$a |
Turbokidz selaku solo dari Indonesia ini telah meriliskan album pertamanya Oranye. Rilisan ini sudah hadir di beberapa platform popular serta bakal dilancarkan dalam bentuk fizikal.
Dalam masa yang sama, beliau turut meriliskan muzik video Ang$a, antara single yang terdapat dalam Oranye. Mengangkat kisah seorang yang bermulut besar serta menganggap dia je betul. Tak ketinggalan hanya memikirkan duit semata-mata.
Korang boleh tengok sendiri muzik video ini di bawah:
Untuk korang yang belum mengenalinya, Turbokidz adalah Ican Pane, pemain gitar kumpulan Indie Pijar. Ketika bersama band tersebut, pemuda yang berasal dari Medan ini meriliskan sebuah album penuh (Exposure), serta empat mini (Selatan, Pijar, Antologi Rasa, dan Perpetual). Buat yang tak tau, Pijar pernah berkolaborasi bersama Midnight Fusic dalam lagu Sandiwara.
Ican start memulakan perjalanan solonya sejak Oktober 2020 lagi. Dimulakan dengan mini album Http 404 yang mendapat feedback yang memuaskan dengan single Petrikor. Dengan mengetengahkan elemen lo-fi bedroom indie pop, beliau terus menghasilkan beberapa single seperti Romantika dan Waktu Yang Hilang pada awal tahun ini.
Berbicara soal Oranye, ianya adalah manifesto perjalanan Ican sebagai Turbokids sepanjang menempuh liku-liku pandemik Covid-19. Mula dengan agak sendu kemudian semakin memuncak! RIlisan ini juga tidak ketinggalan memoerlihatkan isu percintaan dan kehidupan.
Rakaman dilakukan di bilik tidur beliau. Dari proses penulisan sehingga ke mixing dibuat disana, cuma mastering saja yang buat dekat luar. Beberapa duet menarik bersama artis-artis lain seperti Eff Hakim, wakil negara kita (Hawa, ex-Pastel Lite), Sekaranggi serta Fadhilah Hasyyati dari kumpulan Coltrains. Korang boleh dengarkan sendiri kolaborasi ini di lagu: Waktu Yang Hilang, Romantika, dan Dalam Diam”.
Pengaruh Oranye terdiri daripada beberapa band Indigo La End, Chrisye, Dewa 19, Daft Punk, dan Two Door Cinema Club. Ican menjelaskan bagaimana ianya mempengaruhi rilisan ini dengan pelbagai experimen seperti permainan tempo, sentuhan synthesizer serta beberapa riff gitar.
Oranye hadir dengan 11 track. Korang bolehlah layan sekarang!
Post a Comment