Alhamdulillah baik. Adi disini
Macam mana korang plan nak hasilkan album terbaru secara tiba-tiba?
Album ini direncanakan dari tahun 2019 sebelum PKP untuk release tahun 2020. Dan kerana adanya pkp album tergendala hingga awal tahun 2022.
Album ini di buat sempena 17 thn 6ixth Sense berada di industri musik. Dan itu menjadi sebab kami menjadikan 17 sebagai tajuk. Album ini memakan masa agak lama juga kerana banyak kekangan waktu itu dan juga bergantinya pemain gitar utama Gjie yang digantikan oleh Harry melalui proses audisi.
Sekali dengar, lagu2 baru ni ada unsur japanese Rock/anime/L'Arc-En- Ciel. Adakah korang berexperimental dengan genre-genre sebegini untuk masa sekarang?
kami memang sengaja mengambil influence japanese rock karena kami memang meminati band Larc en ciel dari dulu lagi. Dan sebetulnya memang dari dulu 6ixth Sense ada beberapa lagu sebegini akan tetapi karena dulu kami under label jadi kami tak berkesempatan untuk membuat seluruh lagu dalam album dengan genre sebegini.
Dan kerana sekarang kami indipenden inilah kesempatan kami untuk lebih meluahkan karya sesuai dengan apa yang kami minati.
Korang ada layan anime baru-baru buat masa sekarang?
Adi : saya memang dari dulu suka anime antara anime yang selalu saya tengok : naruto,one piece,saint saiya.
Kenapa masih berani nak rilis fizikal album?
kami merilis album fisikal karena bagi kami sebagai artis album ini macam jejak sejarah perjalanan musik dan juga sebagai cindera hati untuk peminat2, walaupun kita tahu album fizikal sekarang ini agak susah di jual tapi kami masih percaya masih ada peminat2 yang masih suka mengumpul album dari artis yang mereka gemari.
So macam mana respon peminat untuk album terbaru ni?
Alhamdulillah respon album ini sangat positive dan peminat2 6sense suka dengan lagu2 yang ada dalam album 7belas.
Takde plan nak buat tour untuk promo album ini?
Insyaallah akan ada promo tour untuk album 7belas
Cek citer sikit pasal MTV Tremendous. Dari mana dapat idea story dalam mtv tu?
Idea ini juga terinspirasi dari cerita japan anime. Dari situ kami bersama director music video kembangkan menjadi cerita pendek. Ianya bercerita tentang seorang wanita sanggup redah tempat orang jahat yang culik kawan dia walaupun berakhir dengan kekalahan. Karena sesuai dengan maksud dari tremendous itu sendiri 'luar biasa'.
Music video ini sebenarnya cerita persahabatan sejati,di mana sahabat sejati akan selalu ada saat kita dalam kesusahan.
Harapan korang untuk 7Belas?
Harapan kami album 7belas di sukai semua peminat-peminat kami dan peminat-peminat baru dari industri musik.
Last Words?
Semoga industry musik malaysia terus maju
Follow 6ixth Sense di:
Akan datang: 7Belas Show (With Gjie) |
Post a Comment