Interview Istimewa Bersama Kumpulan Estranged

Estranged Terkini (Sumber Facebook)
Estranged baharu sahaja kembali dengan single terbaru, Take a Bow. Jom baca interview khas bersama Estranged.


Assalamulaim Estranged, sihat? First word?
Alhamdulillah sihat. Terima kasih Kugigran for this interview 

Boleh ceritakan tentang single terbaru korang, Take a Bow?
Single terbaru kali ini, kami tulis dalam bahasa Inggeris dan mempunyai element element baru dan lama. Lagu ni akan dimasukkan dalam album baru kami Sepenuhnya Vol 2 di tahun ini.


Akan ada album baru kah nanti? Adakah mencuba genre baru?
Kebanyakan lagu dalam album ini adalah kompilasi lagu-lagu single kami yang mungkin tidak semua di semenanjung ketahui melainkan followers kami yang rapat. 

Album ini mempunyai lagu-lagu yang mempunyai elemen-elemen dan bunyi Borneo yang dicampur adukkan dengan bunyi modern.

Kenapa sekarang Estranged cuma bertiga?
Estranged menjadi tiga apabila Andy telah meninggalkan band dan kami telah membuat keputusan untuk kekal bertiga dan perform bersama tiga pemuzik tambahan (bassist, keyboardist dan drummer). 

Estranged ketika masih berempat (Anugerah Planet Muzik 2008)

Selepas 20 tahun usia band korang, ada apa-apa plan untuk meraikannya? Big Konsert?
Kami memang ada perancangan untuk membuat konsert sendiri kerana kami rasa memang sesuai masa dari segi keselamatan kesihatan dan bilangan lagu yang Estranged ada. Kemungkinan besar tahun hadapan.

Beri lima sebab kenapa korang masih bertahan sampai sekarang?
Kami rasa bersyukur kerana masih kekal lagi dan ini adalah Lima sebab :
a) Sudah lama berkawan sehingga boleh dianggapkan satu keluarga
b) Kepercayaan dan respect di antara kami bertiga sangat kuat setelah memahami perangai masing masing
c) Kami telah experience senang dan susah bersama
d) kami sentiasa ada Perancangan dan Tujuan atau goal 
e) Paling penting kami sentiasa berkomunikasi 


Korang juga dilihat membuat beberapa kerja amal. Boleh ceritakan kenapa korang membuat kerja amal dan apa pengalaman sepanjang tempoh itu?
Ya kami ada buat kerja amal dalam sekitar 2016 ke atas, dari dulu lagi kami mempunyai keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat untuk menunjukkan bahawa muzik dan pemuzik tanah air dapat berjasa juga. 


Kami telah berjaya mengumpul dana untuk tiga buah kampung pedalaman di Ranau, Sabah untuk mereka mempunyai bekalan elektrik dengan membina generator hidro elektrik kecil untuk kegunaan harian yang basic. Selain itu, semasa waktu pendamik kami berjaya membina dan memasang internet di satu kampung Bomboi di Ranau untuk budak budak yang bersekolah dapat belajar di saat PKP.

Sebenarnya, apa perasaan korang masa menang Anugerah Juara Lagu (AJL) dulu? Ada korang rasa korang menang?
Kami memang tidak sangka untuk menang AJL kerana pada waktu itu kami bertanding dengan penulis lirik dan lagu yang mempunyai nama nama besar. 


Ada lagu hit, menang AJL. Apa lagi yang korang rasa korang tak dapat lagi?
Untuk membina nama di luar pasaran Malaysia

Last words?
Terima kasih semua kerana masih support kami. Apa apa perkembangan kami boleh check di semua social media kami. Be safe! Kasi Mari!!

Estranged: 

Post a Comment

Previous Post Next Post