Salam Zarul, thank sudi terima soalan daripada kugigran. First words?
Wassalam. Thanx for still remember D_Va. Its been a long hiatus even though tak dapat kumpulkan original lineup.
So boleh ceritakan tentang perkembangan band D_va? Lineup terkini?
Lineup terkini: Drummer: Lola XPDC Bassist: Atom Guitarist: Hafiz Akim & The Majistret Vocalist: Keisha and aku selaku founder/songwriter.
Perkembangan terkini D_va dah banyak dapat undangan untuk show and lately ni banyak terlibat dengan event Kementerian Belia Dan Sukan serta dinner function sekitar Klang Valley.
Cuma gig je kita dah tak dapat undangan. Aku pun tak tau sebab tiada siapa yang berani nak offer ke atau gig organiser dah tak ingat kitaorang. Hehe.
Adakah selepas ini akan D_va akan muncul dengan album terbaru or single?
Actually dengan lineup yang sama ni since 2019 kita dah start rekod 3 lagu actually iaitu Insta Famous/Suka-Suka dengan Sakitnya Hatiku.
Cuma pandemik melanda kita senyaplah kejap but still main dinner show sekali sekala and planning on 2023 kita shud be keluar EP or maybe full album.
Zarul D_va |
Kenapa D_va kembali selepas beberapa tahun menyepi?
Soalan cepumas ni! Actually offer untuk bawak kuar kembali D_va ni since 2016. Kita ade perform di Nothern Music Festival untuk aku test market D_va ni adakah masih relevan dengan music nowadays. And ade beberapa organiser yang kasi offer besar utk main festival/concert di Indonesia. Cuma mereka nak original lineup.
Itu yang sebabkan aku agak susah nak dapatkan semua sebab Faz pun dah stop performing and Am pun sibuk dengan Hujan/Masdo. So D_Va kembali untuk meneruskan benda yang aku masih tak puas
iaitu berkarya. And ianya bukan pasal DUIT.
Adakah selepas ini korang akan lebih kerap perfom di konsert/gig?
Aku sangat terbuka terima offer untuk main di gig/showcase/concert sume. Ade free time on sahaja. Dont hesitate to contact us. Confim puas hati!
Soalan cepumas lagi. Memang ni agak sulit nak cakap. Setakat aku, Am dan Ayob kalau nak gather balik mungkin takde masalah banyak. Maybe kalau schedule ngam maybe boleh dapat bersama cuma Faz memang tak dapat sebab dia masa keluar dari band dia dah cakap dia tak nak perform lagi.
So memang dia sangat true to her words sebab dia tak nyanyi dengan sapa-sapa pun. Tak taulah kalau ade rezeki Allah SWT one day kita tak taulah kan. Tentang Faz, dia keluar dari band time 2005 tu sebab dia ada personal issue dengan study dia dan lain-lain.
Kita tak bergaduh pun. Dia sangat professional and aku as band leader terima keputusan tersebut as professional juga.
kenapa kerap bertukar vokalis?
Itu standard sebab penyanyi perempuan kan, hehe. Before datangnya Faz ade yang dah kahwin lepas tu beranaklah macam-macamlah...haha. Ada yang kena buang sebab tak sesuai dengann cara nyanyian dalam band.
Kenapa tak try penyanyi lelaki?
Dalam D_Va memang ade penyanyi lain itu aku dan Ayob. Dan untuk lineup terbaru ni semua boleh nyanyi.
Apa dah jadi pada Abstrak Hingga Ke Bulan (AHKB)?
Ok AHKB still alive. Kenapa aku cakp macam ni? Sebab lineup AHKB digabungkan dengan D_va iaitu akulah. Dan memang founder serta main songwriter dua-dua band ni ialah aku kan? Hehe..
So AHKB ni adalah actually penyambung nyawa kepada D_va. Kalau ikut hati memang aku dah tak nak teruskan nama D_va ni. Tapi sebab fans yg masih sayangkan muzik D_va so aku ambil keputusan untuk pakai balik nama ni dan digabungkan dengan lineup AHKB yang sedia ada.
Apa kesukaran/masalah dalam perjalanan band?
Personally bagi aku ialah TIME, DUIT dan KESABARAN! Kalau ade banyak TIME...DUIT plak tak cukup! Contoh untuk buat demolah, pergi showlah. Whateverla! And kalau DUIT banyak TIME pulak takde. Contoh masa yang ade sibuk bekerja. And kalau ade DUIT/TIME pulak band tiada KESABARAN. Contoh: duit ade time ade tapi Tak sabar nak meletup.
Ingat band meletup atau lagu meletup tetibe je ke? Kena ade effort, sabar dan sedikit luck.
Adakah korang akan cuba sesuatu yang baru dalam muzik d-va
Sangat-sangat! Sebab aku sendiri pun dah explore new kind of music stuff dalam penciptaan lagu, dalam bidang animation yang aku tengah kerjakan sekarang ni.
Might be kita perform banyak pakai additional music means ade backup music track even kita main LIVE. Kita ade lagu baru yg chorus dia dalam bahasa Jepun. Tunggu.....
Sebenarnya macam mana band D-Va ni terbentuk dulu?
D_va ni memang founder dia...akulah since 2002. So dah 20 tahunlah band ni. We started as masuk battle of the band. Dekat battle tu aku kenal dengan Am (Hujan/Masdo). Boleh tanya dialah hehe. And kita dapat offer untuk buat album 2004 lepas kita orang main gig aku rasa dekat 100 lebih gig sepanjang dua tahun tu (2002-2004). And antara banyak label yang offer akhirnya kita signed dengan Broadway Entertainment dengan producer Mr Boon Tan.
Last words?
Follow Your Dreams! And kepada band-band yang dah famous kat Malaysia ni....satu saja nasihat aku, Kuar dari Malaysia ni! Sebab dalam Malaysia ni if kita femes, kita pusing Malaysia je tak guna. Sebab pusing-pusing fans sama. Keluar dari Malaysia! InsyAllah music kita lebih akan advance.
And untuk band-band yang aku tengok future in the making. Midnight Fusic (aku mmg peminat utama dorang), Bunkface aku tabik sebab dorang dah explore ke depan. TQVM Kugigran! Leep up the good work..explore lagi industri ni. banyak lagi band dashyat yang harus diketengahkan..
regards,
Zarul
Post a Comment