Baru sahaja hadir dengan album terbaru, 7 Years. Jom ikuti interview bersama The Impatient Sisters.
Hello The Impatient Sisters? Apa khabar korang? Sihat ke? Siapa di sana?
Hello! Baik Alhamdulillah. Semua sihat dan lega album sudah release. Soraya di sini.
Cuba cerita history band korang? Kenapa bertiga kenapa tak berempat, lima, enam...
Kami bertiga sahaja, sebab adik-beradik memang tiga orang. Kami berasal dari Kuantan tapi sekarang menetap di KL sebab kerja.
Kami mula bernyanyi dan berkarya bersama tahun 2011 dan membuat debut kami di The Wknd Sessions dengan 3 lagu pertama kami tulis iaitu, Comets & Stars, And dan Love. Selepas debut tersebut kami mula di book untuk gig-gig serata KL dan Singapura.
Apakah konsep sebenar band korang?
Pada kami, konsep kasar kami adalah menulis lagu-lagu yang menyenangkan dan menyentuh perasaan, tidak kira perasaan gembira, sedih, malas atau marah. Ini hanyalah konsep kasar kerana ia memberi ruang untuk kami teroka pelbagai jenis muzik dan seni lain.
7 Years |
Cuba citer album terbaru korang 7 Years. Kenapa 7 Years? Kenapa tak 8 Years, 9 Years, 100 Years?
7 Years adalah lagu di dalam album ini. Idea lagu tercetus dengan artikel yang saya baca tentang pembaharuan fizikal diri yang mengambil 7 tahun. Ia bermaksud diri fizikal kamu 7 tahun yang lalu bukan diri kamu yang sekarang. Daripada itu juga, ia juga memberi erti bahawa, kenangan silam patut dilepaskan dan kita patut terima apa yang ada sekarang dan apa yang akan datang.
Untuk showcase korang nanti di the Bee, apakah kejutan yang akan korang buat nanti?
Ah ha, kalau jawab sini, hilanglah kejutan dia. Tiada kejutan apa-apa, mungkin dari segi persembahan ia akan berbeza dengan recording.
Ada dalam perbincangan. Mungkin tour kecilan sahaja dengan kami bertiga.
Kenapa banyak sangat lagu dalam album terbaru ni?
13 lagu ini dikumpulkan dalam album ini kerana ia bertindak sebagai kapsul masa. Inilah perasaan dan cerita kami hendak sampaikan buat waktu ini. Dan kami rasa ia patut dikongsikan kepada semua.
Official Merch, Beli disini: https://humancard.me/theimpsis |
Ada. InsyaAllah CD akan dijual di showcase nanti.
Bagaimana korang masih kekal bersama selepas beberapa tahun?
Kami masih suka berkarya bersama dan masih rasa bersemangat untuk tulis lagu dan perform bersama. Pendengar kami juga amat memberi motivasi kepada kami.
Ingat. Kami dijemput oleh Wani Ardy. Kami suka membuat persembahan di universiti kerana energi lebih berbeza dan dapat kongsi lagu-lagu kami kepada pendengar baru.
Sila dengar album baru kami '7 Years' dan kongsikannya kepada rakan-rakan. Dengar dan terima dengan hati yang terbuka. Kalau free, sila datang ke showcase kami 27 November ini di The Bee, Publika.
Post a Comment