Tiada Harapan Untuk Konsert Jelajah System Of A Down?

Serj Tankian (Kredit YouTube)

Dikala ramai fan yang berharap kumpulan System of a Down (SOAD) akan membuat Jelajah sempena ulang tahun rilisan Toxicity. Namun si frontman, Serj Tankian pula potong stim apabila menyatakan tidak berminat dengan membuat tour.


"Gini, album Toxicity tu kalau sek kitaorang nak perfom pun pendek sangat weh," ulas alasannya kepada Metal Injection. Tapi yang pasti, beliau tidak mampu melakukan tour bersama SOAD kerana faktor kesihatan yang menjadi halangan buatnya.



Bukannya dia tak boleh berjalan, namun korang pun kenalah faham nak buat jelajah ni selalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. So kemungkinan kesihatan Serj akan terjejas kembali.


Bukan sahaja kumpulan SOAD, projek solo Serj pun tak berjalan dengan baik. Senang citer, jangan haraplah nak tengok Serj kembali membuat persembahan tour ye.


Harap kesihatan beliau kembali baik dan kembalilah membuat tour sehingga ke negara Malaysia.



Sumber: metal injection

Post a Comment

Previous Post Next Post