Shaukat Bakal Bertarung Dengan Lagenda WWE Dan ECW, Tajiri

 

Shaukat Vs Tajiri, Siapakah yang akan Menang?

Pengusti Professional negara, Shaukat bakal bertarung dengan lagenda cruiserweight WWE dan ECW, Tajiri. Ini adalah sempena acara APAC Wrestling: Rise yang bakal berlangsung di tanah air.


Acara ini bakal berlangsung selama dua hari iaitu, 10-11 Disember. Setakat ini, hanya Shaukat vs tajiri yang diumum. Pihak dorang akan maklumkan lebih lanjut tentang lokasi, harga tiket dan senarai penuh pengusti-pengusti yang akan terlibat.



Shaukat telah mendapat peluang yang agak besar dengan bertarung dengan Tajiri. Pengusti dari Jepun yang terkenal dengan gelaran Japanese Buzzsaw telah mengukir lama dalam bidang gusti ini, baik WWE, ECW dan sebagainya. Bagi yang membesar di zaman WWE Ruthless Aggression, mesti tak asing dengan trademark muntah hijau daripada beliau.


Shaukat sebelum ini telah diberi peluang untuk beraksi di amerika Syarikat dalam acara Reality of Wrestling. Beliau turut tampil bergaya dengan bertanjak serta berjaket songket.


Kita nantikan sama-sama perlawanan epik dua pengusti ini. Korang rasa siapa akan menang nanti?


Post a Comment

Previous Post Next Post