MCR |
Tidak Mengecewakan! Kumpulan My Chemical Romance (MCR) membuka tirai Konsert When We Were Young (WWWY) dengan imej sebagai orang tua.
Acara tersebut terpaksa dibatalkan pada hari pertama (22hb Oktober) kerana masalah cuaca yang teruk. Namun pada acara 23hb diteruskan tanpa gangguan.
WWWY mencapat sorotan yang sangat luar biasa baik sebelum acara ini berlangsung lagi. Ramai mengunjung yang mengulek kenangan dengan barisan band-band yang membuat persembahan kerana rata-ratanya daripada era 2000an.
MY CHEMICAL OLD MANS pic.twitter.com/5iNhtlV7b6
— emo nite (@emonitela) October 24, 2022
Untuk menambahkan lagi bara sensasi WWWY, band seperti MCR dan All-American Rejects membawa imej warga tua teras masyarakat dalam persembahan mereka.
Tyson Ritter, vokalis All-American Rejects tampil bergaya dengan jaket berkilau bak M.Daud Kilau dengan makeup persis atuk yang ditinggalkan di rumah jagaan. Namun show dorang tetap mantap bak orang muda.
Band tersebut sempat berseloroh di twitter seperti berikut:
Thx for tonight kiddos. @WWWYFest, ya made an old man proud to give some hell. pic.twitter.com/5OqWDNyiKM
— THE ALL-AMERICAN REJECTS (@therejects) October 24, 2022
MCR juga tak mahu mengalah dengan All-Amaeican Rejects. Dorang bawakan kembali outfit Three Cheers For Sweet Revenge, tapi kali ni versi warga emas pulo.
Kemungkinan besar mesej yang cuba disampaikan oleh dua band ini adalah, tua-tua pun masih lagi bergetah atas pentas. Jangan ingat dah tua-tua ni kena berehat je, kasi pecah itu stage!!!
WWWY akan diteruskan pada 29 Oktober nanti.
Post a Comment