Mengejutkan! Hampir Seratus Ribu Peminat Saksikan Konsert BTS Di Busan

BTS

Mengejutkan! Sejumlah 100000 penonton telah menonton konsert free daripada kumpulan no 1, BTS.


Ianya diadakan pada Sabtu semalam dengan membawa tema BTS YET TO COME in Busan. Ini adalah salah satu usaha mempromosikan Busan dalam bidaan Ekspo Dunia 2030. 


Persembahan ini diadakan di Stadium Utama Asiad Busan Korea Selatan selama sejam lebih. Adalah beberapa lagu hit set BTS ni bawakan seperti Dynamite, Butter, dan lain lain lagilah.


BTS perfom di Busan. Kredit Bighit Music
Oh ye, konsert ini turut ditayangkan secara langsung untuk peminat dorang dari luar negara.


Seorang tukang analisis alam sekitar yang bernama Mi Jeong menyatakan konsert ini memberikan moment baik tentang Busan kepada seluruh dunia.


"Set BTS ni meme banyok doh bui bendo hok baik-baik pasal Busan ni. Kawe positif molek kalau Busan buat Ekspo Dunia nanti (2030), hok ni bole bui banyok faedoh pada negaro. Contoh kawe boleh bui banyak peluang kejo dengan ramai nok magri sini", katanya.


Terdahulu, kumpulan BTS ini dipilih menjadi duta perhubungan awam serta sign memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Busan pada Jun lalu. Langkah ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan Busan dalam Ekspo Dunia.

BTS perfom di Busan. Kredit Bighit Music

Korang kena tahu, ekspo dunia ni acara yang besar weh! Kalau dorang berjaya anjur acara ini, dikhabarkan akan memberi impak ekonomi yang sangat besar. Setakat ni, saingan dorang ialah Arab Saudi dan Itali. Result nanti November 2023 keluar. 

Sumber berita: Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post