Oasis, 1995. KREDIT: Stefan De Batselier |
Liam Gallagher mendedahkan bahawa ia tidak dapat keizinan untuk memuatkan lagu-lagu Oasis dalam filem dokumentari konsert, Knebworth 22.
Menurut media NME, abangnya (Noel) dan geng-geng Oasis yang lain telah memblock beliau daripada menggunakan lagu Oasis.
Liam menggelarkan Noel sebagai 'angry squirt' dan lelaki kecik yang menakutkan di laman twitter. Beliau turut menyatakan bahawa abangnya cuba block lagu Oasis yang ia nyanyikan pada acara memperingati Taylor Hawkins di London bulan Lepas.
No oasis songs as the angry squirt has blocked them he also blocked the oasis I sang for Taylor Hawkins tribute he’s a horrible little man
— Liam Gallagher (@liamgallagher) October 19, 2022
Filem Knebworth 22 akan rilis pada bulan hadapan di pawagam-pawagam terpilih. Ianya menampilkan dua persembahan solo penyanyi itu berlangsung di festival Knewborth pada Jun lalu.
Show ini mendapat sambutan yang gila babi sehingga mencetuskan gangguan traffic jam selepas persembahan berlangsung.
Liam juga mengomen bahawa Noel and the gang boleh block beliau menggunakan lagu Oasis, tapi dorang tak boleh padam memori para penonton yang hadir. Gi mampuh mu Noel!
You can stop us using the songs but you can’t erase our memories shame on you Noel Gallagher
— Liam Gallagher (@liamgallagher) October 19, 2022
Post a Comment