M. Shadows Akui Album Avenged Sevenfold, 'Hail to the King' Ada Persamaan Dengan Metallica

M. Shadows. kredit: loudmagazine

Tidak dapat dinafikan! Vokalis Avenged Sevenfold, M. Shadows telah menyatakan bahawa album dorang, Hail to the king (2013) memang adalah sikit macam Metallica.


Hal ini dah mula didebatkan oleh beberapa peminat yang menyedari ada beberapa lagu dalam album tu yang macam Metallica. Antara seperti This Means War dan Shepherd of Fire yang dikatakan macam lagu Metallica: Sad But True serta Enter Sandman.

Ada peminat yang menanyakan kepadanya di Twitter tentang lagu-lagu tersebut yang mirip dengan Metallica. M. Shadows dalam pautan twitter menjelaskan: 


"Yes, in hindsight we cut a little too close. But all you can do is learn and move on", katanya dalam pautan twitter tersebut.


Apapun benda dah jadi dan mereka jadikan ia pengajaran serta terus ke hadapan. Menurut aku, dorang kena berhati-hati kerana benda macam ni boleh menimbul spekulasi serta kontroversi. Dan contohnya boleh dilihat apabila album tersebut mendapat beberapa kritikan daripada peminat.

Walaupun menerima kritikan disebabkan perkara itu, namun brader M.Shadows tetap berbangga dengan album itu. Rilisan tersebut antara yang paling banyak kali didengari dalam platform streaming.


Post a Comment

Previous Post Next Post