Interview Istimewa Bersama Band 679

679 terkini

Kumpulan Ska Punk, 679 bakal kembali dengan single terbaru tidak lama nanti. Jom layan interview special bersama dorang

Salam geng 679, korang apa khabar? Siapa di sana?

Waalaikummussalam. Setakat ni kami semua sihat belaka, Alhamdulillah. Saya Akmal Ahmad wakil 679 untuk interview ni.

Cer cerita perkembangan terkini korang?

679 sekarang bergerak agak sibuk untuk siapkan beberapa lagu baru kami. Ada yang dalam proses recording dah pun dan ada yang masih dalam proses practice untuk tight-kan mana-mana part yang loose. Alhamdulillah, setakat ni semuanya masih on track.

Cuba ceritakan sejarah panjang band korang? Lineup terkini?

Sebenarnya kalau nak cerita sejarah panjang 679, memang sangat panjang kalau nak diceritakan kat sini. Penuh dengan kegembiraan, gelak tawa, liku onak duri, sedih, tangis, pendek kata semua rasa cukup. Boleh buat filem. Cuma biarlah saya cerita secara ringkas saja sekarang.

679 ditubuhkan pada 6 Julai 1999 dan dianggotai 4 orang saja pada mulanya iaitu Nua (Lead Guitar/Vocal), Anip (Rhythm Guitar), Fiq (Bass Guitar/Vocal) dan Ai (Drum). Asalnya mereka mengetengahkan genre pure punk rock ketika itu. 

Beberapa demo tape dan kemudian E.P berbentuk CD pun mereka pernah hasilkan berempat. Boleh kata banyak juga la lagu yang dah dikeluarkan masa zaman tu.


679 berkembang seterusnya dengan menyerap masuk ahli baru iaitu saya (Vocal), Mer (Keyboard), Farid (Trombone) dan Aboy (Trumpet) dan terus bergerak berlapan dan kami mengetengahkan gabungan elemen ska, punk & metal.
     
Kalau nak sembang dari sudut bilangan show, memang tak terkira show kami dah pernah main masa tu. Seluruh negara! Cuma Sabah & Sarawak saja kami tak ada rezeki nak pergi masa tu. Boleh kata masa berlapan ni, zaman kegemilangan.
     
Untuk pertandingan, kami pernah cuba nasib sekali saja iaitu ROTTW Soundstage 2009 tak silap saya dan kami dapat tempat ketiga. Tapi untuk lagu yang sempat record hanya 1 lagu saja. Mungkin terlalu selesa sebab banyak show masa tu. Mungkin.

Kemudian saya keluar dari band tapi 679 masih tetap terus berjalan dengan line up bertujuh hanya tanpa saya pada tahun 2010. Farid (Trombone) ambil allih tugas saya untuk isi tempat kosong yang saya tinggalkan.

Sekarang saya kembali dalam band sebagai vocalist semula setelah hampir 13 tahun saya tinggalkan 679 dan kami bergerak berenam pula tanpa Farid & Aboy iaitu horn section band atas komitmen masa mereka yang tak dapat mereka penuhi.
     
679 sekarang ialah saya (Vocal), Nua (Lead Guitar), Anip (Rhythm Guitar), Fiq (Bass Guitar), Ai (Drum) & Ezmer (Keyboard).
     
Cerita ringkas pun dah panjang dah ni. Tak apa, kalau lepas ni kalau ada rezeki interview kami dalam bentuk video, InsyaAllah, kami akan cerita secara detail tentang sejarah 679 eksklusif untuk Kugigran!
   

Kenapa sekarang kembali aktif selepas beberapa tahun menyepi?


Macam saya kata tadi 679 masih ada selama ni, tak menyepi pun. Banyak juga lagu yang dorang bertujuh dah keluarkan bersama tanpa saya menyanyi, cuma sekarang ni vibe-nya lain sikitlah. Macam mana nak cakap ya, ibarat sirih pulang ke ganggang la.

Saya excited, band mates semua pun excited lah. Kenapa? Sebab kami nak kembalikan zaman kegemilangan dulu yang kami pernah rasa bersama. Mungkin lebih dari itu.

Untuk single terbaru adakah masing mengekalkan konsep asal korang ataupun ada kelainan?

Konsep asal 679 yang kami bawa dulu ska/punk/metal waktu kami berlapan. Cumanya bila kami berenam ni kami bagi nafas baru untuk lagu-lagu kami. Kalau saya cakap lebih bab ni risau spoil the party. 

Apa yang saya boleh kata buat masa sekarang ialah identiti 679 itu masih kekal tapi target audience kami lebih luas berbanding dulu. Bukan terhad untuk beberapa golongan saja sekarang.

Ai (Drum)

Bila single terbaru akan siap? Ada plan untuk album?

Single baru sekarang dah hampir 80% untuk siap dan dalam proses mixing & mastering. Kami rancang akan release lagu baru ni awal tahun depan (2023). Untuk album bukan di peringkat planning lagi sebab memang kami tengah berjalan ke arah tu. 

Sebab tu saya cakap sekarang kami agak sibuk kejar deadline untuk siapkan lagu-lagu kami. Bila dah siap, of course kami akan announce.

Apa pengaruh terbesar korang dalam muzik?

Kami tak pernah terhadkan reference kami pun sebenarnya. Apa yang kami dengar sedap di telinga kami akan curi sikit-sikit. Dari dulu lagi macam ni sebenarnya. Tak kira apa genre sekalipun. Macam plasticine, kan banyak warna.
      

Tapi kami tak guna hanya satu warna, kami akan campur-campur sampai jadi cantik. Sebab tu kalau ada yang tanya apa genre 679? Jawapan kami, genre 679 ialah 679.

Adakah selepas ini korang akan join mana mana gig and event?

Kami memang bersedia untuk main di mana-mana gig atau event. Sebab tu kami war-warkan comeback kami ni di social media. Untuk create awareness pada organisers di luar sana. 

Buat masa ni belum ada tawaran lagi dan sebab tu lah kami fokus untuk sesi recording dulu. Tapi kalau ada yang offer, kami memang sedia untuk berbincang.

akmal ahmad
Soalan untuk akmal ahmad, mana lagu enjoy, main band or belakon?

Soalan ni bagus sebenarnya sebab susah nak jawab. Kalau nak ikutkan kepuasan berlakon dengan bermain dengan 679 ni ada kepuasan yang berbeza. Dua-dua saya enjoy dan puas. Beza definisi puas tu yang susah nak jawab.


Berlakon saya tak boleh jadi diri saya, ada watak yang saya kena pegang dan ada disiplin yang saya kena ikut. Tapi puasnya bila dapat bawa watak dengan baik, puasnya lain macam. Dengan 679, saya boleh jadi diri saya di atas pentas. No limit. 

Tapi ramai juga yang tak tahu, saya sebenarnya dengan 679 dulu baru saya berlakon. Cuma orang hanya mula kenal saya sebagai pelakon dulu. Itu sebab ada yang terkejut yang kononnya saya mula nak menyanyi. Padahal saya mula dengan 679 dulu. 

Mungkin juga sebab saya banyak dipengaruhi dengan arwah sepupu saya Allahyarham Shamrin vocalist band Fotograf dari kecil lagi. Ya lah, tengok sepupu sendiri masa tu keluar tv sana-sini, masuk AJL, lagu keluar radio, sekaligus saya jadi minat untuk join bidang seni.

Sampaikan saya pernah ada impian untuk ada kolaberasi dengan dia. Tapi apakan daya dia pergi dulu pada tahun 2010.

Harapan korang untuk tahun depan?

Harapan 679 untuk tahun depan ialah dengan kami akan aktif dengan shows, segala rancangan perjalanan untuk release album berjalan lancar dan kami akan berusaha untuk tembus ke corong radio. 

Untuk bagi yang dah sedia kenal kami, akan semakin rapat dan yang tak kenal kami akan mula minat 679.
       
Tak keterlaluan sebenarnya untuk saya cakap di sini yang target terbesar kami adalah untuk perform di AJL. Tapi bukan tahun depan la. Journey ke arah itu akan mula tahun depan. Tak ada apa yang mustahil.


Apa yang membezakan korang dengan band lain?

Dari sudut muzik, saya berani katakan arrangement dan melody muzik kami memang berlainan dengan band yang sedia ada. Belum ada yang sama. Aim kami bukan untuk jadi follower but to be the trendsetter.

Dari sudut performance, sejak dulu lagi bila 679 perform, masa zaman saya vocalist lah, saya takkan buat macam band lain yang mana, habis satu lagu, next song. Habis satu lagu, next song. Tak. Saya suka ada interactions dengan crowd. Bercerita ke, melawak ke, bersembang dengan crowd ke, macam tu lah. 


Tapi something yang akan ada kena mengena dengan lagu seterusnyalah. Saya akan create bonding between us and the crowd. Sebab tu 679 antara band yang ditunggu untuk perform masa tu. Boleh kata 679 bukan hanya band tapi penghibur.

Last words?

Kalau korang perasan dalam setiap posting kami di social media, berulang kali kami tulis ayat, 'WE ARE BACK AND HERE TO STAY'Itu bukan hanya semata-mata caption tapi itu adalah announcement dari kami. Apa yang terjadi dulu dah cukup mematangkan kami.

679 lebih utuh sekarang berbanding dulu dan of course kami tetap memerlukan sokongan dari pendengar semua terutamanya dari pihak media yang mana media memainkan peranan penting dalam jatuh bangunnya anak-anak seni di negara kita.
       
Saya Akmal Ahmad selaku vocalist 679 juga wakil dari bandmates saya semua, saya ucapkan terima kasih banyak kepada Kugigran Malaysia sebab sudi jemput kami untuk sesi interview ni. Harapnya Kugigran terus support semua local bands di luar sana yang berbakat. TERIMA KASIH KUGIGRAN!



Post a Comment

Previous Post Next Post