Blink-182 |
Sesuatu yang membikin para peminat tidak dapat duduk tenang, kembalinya frontman si Tom Delonge bersama Blink-182.
Sesungguhnya Tom nampaknya sangat teruja dengan reunion ini. Malahan beliau sempat mengupload gambar bersama-sama Mark Hoppus dan Travis Barker di Instagram.
"Cam mana kalau aku nak cakap yang ini adalah album terbaik sepanjang karier kitaorang?" caption yang penuh keyakinan dalam Instagram.
Mungkin ini sesuatu yang tidak mustahil memandang dorang mungkin sudah mencapai klimaks yang memuncak untuk mengeluarkan karya yang mengejutkan khas untuk peminat!
Tom pada tahun 2015 pernah menyatakan kenapa beliau blah daripada Blink-182. Menurut To The Stars Academy of Ars & Science, ia bertindak sebegitu kerana cuba membantu mengubah dunia buat anak-anaknya.
Dorang bakal meriliskan single terbaru, Edging yang akan rilis 14 Oktober 2022. Ini adalah langkah pertama mereka yang selepas ini akan mengadakan jelajah satu dunia termasuk album terbaru. Selamat berjuang untuk mereka.
Post a Comment