Ulasan Filem Ceroboh: Premis Menarik Tetapi....


Netflix telah meriliskan dua filem tempatan, iaitu Kill Fist dan Ceroboh sempena hari kemerdekaan Malaysia, semalam. So aku tengoklah salah satu filem tersebut, Ceroboh untuk diulas.


Filem terbitan Kuman Pictures ni mengisahkan dunia post-apokalis selepas dilanda serangan makhluk asing. Enam manusia yang masih lagi hidup cuba bersembunyi di bangunan usang untuk mengelak daripada makhluk asing yang digelar Penunggu Langit. Namun sesuatu yang berlaku kepada mereka sehingga menyebabkan ancaman maut.


Ceroboh arahan Feisal Azizuddin menampilkan barisan pelakon baru seperti Mia Sara Shauki, Kent Tan, Grace Ng, Nia Natasya, Syazani Fikry.


Mia Sara

Premis filem ini agak menarik. Bagaimana sekumpulan manusia cuba survive daripada makhluk asing. Pemilihan lokasi yang menarik memandang korang sendiri taulah Kuman Pictures ni agak terkenal dengan filem bajet rendah. 


Namun kita akan kembali semula dengan filem itu sendiri, ianya sangat membosankan serta tidak mendatangkan kesan yang sangat mencengkam buat penulis. Kadang sepanjang filem ni dalam hati penulis cakap "apa bendalah yang aku tengok ni". Sangat mengecewakan! 


Lakonan juga biasanya saja daripada pelakon-pelakon ni. Kadang tengok dorang ni macam tak ready je untuk beraksi dalam filem ni. Persembahan dorang tak banyak memberi kesan sangat. Menguap jugalah bila tengok citer ni. Memasing kalut semacam tanpa sebab. 


Anyway, satu percubaan yang berani untuk menghasilkan filem sebegini walaupun bajet low. So korang bolehlah layan filem Ceroboh (dalam Netflix tajuk The Screaming Sky) dekat Netflix sekarang!


Post a Comment

Previous Post Next Post