Corey Taylor Dan Jim Root Rancang Nak Buat Projek Terbaru?

 

 Corey Taylor. Kredit: Rocklahoma


Jim Root dan Corey Taylor dari Slipknot telah mendedahkan bahawa mereka dalam perancangan untuk membuat projek terbaru.


Sebelum ini, mereka pernah bekerjasama dalam projek band Stone Sour. Namun atas sebab tertentu, Jim blah daripada projek band tersebut.


Kini, mereka berdua sudah bersedia untuk bekerjasama lagi dalam projek terbaru. Dipetik daripada Metal Hammer, walaupun dorang berdua mempunyai pandangan yang berbeza, namun seakan ada ikatan antara dorang.


Malahan dorang dah berbincang untuk membuat projek lain selepas Slipknot dan Stone Sour. Namun setakat ini, mereka belum mendedahkan apakah projek terbaru dorang nanti. Jadi korang tunggu....


Selain itu, Slipknot bakal kembali dengan album terbaru-The End, So Far. Ianya akan rilis pada 30 September 2022.




Post a Comment

Previous Post Next Post