Mark Hoppus Dedah Tom Delonge Bakal Kembali Bersama Blink-182?

 

Kumpulan Blink-182, photo oleh Estevan Oriol

Bagi peminat band Punk Rock Blink-182 sudah tentu merindui kelibat kumpulan ini. Sehingga tercetus satu perkhabaran reunion dengan formasi klasik dorang.


Mark Hoppus telah berkongi kemungkinan akan kembalinya mereka untuk membuat reunion. Hal tersebut dibincangkan apabila Mark Hoppus menerima kedatangan Travis Barker dan Tom Delonge yang melawatnya pada tahun lalu.

Mark Hoppus dalam fasa pemulihan. Kini beliau bebas daripada Kanser

Pertemuan tersebut berlaku apabila Travis dan Tom melawat beliau ketika ia sedang mengidap penyakit kanser. Ianya satu moment yang saat berharga buat mereka kerana ianya kali pertama dorang berjumpa selepas lima tahun.


Seperti diluahkan Mark dkepada media People, "Takde apa-apa agenda ataupun dendam antara kitaorang. Rasa seperti zaman dulu-dulu, kitaorang lepak bersama dalam satu bilik," luahnya.


Tom DeLonge. Kredit Jonathan Weine

Mark turut menambah bahawa beliau kini masih lagi mencipta lagu serta mempunyai perancangan untuk band pada akan datang. Kemungkinan ia mempunyai sesuatu khas buat peminat dorang.


Tom Delonge mengambil keputusan keluar daripada Blink-182 pada tahun 2015. Beliau aktif bersama kumpulan Angels and Airwaves serta kini menjadi pengarah filem Monsters of California. Harap-harap jadilah reunion ni.


Post a Comment

Previous Post Next Post