Mengejutkan! Lagu hit tahun 2003 Evanescence, Bring Me To Life meraih no 1 dalam carta iTunes US. Ini sesuatu yang bikin netizen tertanya-tanya apasal lagu ni tiber jadi jadi viral di sana.
Malahan lagu tersebut menendang single terbaru daripada Nicki Minaj, Super Freaky Girl.
19 years and still going strong! Bring Me To Life is #1 on iTunes 💥🤘
— Evanescence (@evanescence) August 23, 2022
Thank you for the love! pic.twitter.com/kZLXzIrtB8
Hal ini sedikit memberi kebingungan terhadap netizen kerana berbeza dengan beberapa lagu klasik lain seperti Metallica yang viral kerana drama popular ataupun TikTok. Bring Me To Life tidaklah viral di platform itu.
Pelbagai teori timbul tentang kenapa lagu ini mencapai no 1 dalam carta itunes. Antaranya kerana lagu itu terjual dengan harga $0.69 di platform tersebut. Mungkin ya mungkin tidak!
Namun ada juga pendapat di Twitter mengatakan kerana kumpulan tersebut raih kembali perhatian selepas Evenescences membuat jelajah bersama Korn.
Seperti dalam temuramah Korn bersama Rock Sound. Frontman kumpulan tersebut, Brian Head Welch mengakumi vokalis Evanscence, Amy Lee. Malahan beliau turut mengatakan bahawa Bring Me to Life sangat bermakna kepadanya.
"Kawe suko sangat suaro dio (Amy Lee)", ulas vokalis Korn tu. "Kawe adolah kecek sikit dengan si Amy ni pasal lagu ni. Kawe oyak maso kawe ado problem dengan drug, kawe terdengar lagu tu (Bring Me to Life). Kawe dengar Supo lagu tu oyak sesuatu kok kawe....dio supo oyak keno ubah cara hidup kawe", katanya lagi.
Pelbagai teori dan tekaan tentang kenapa lagu Bring Me to Life ni tiba-tiba viral. Adakah ini kebangkitan lagu-lagu bergenrekan Rock di sana?
Post a Comment