Intai-Intai Koleksi Terbaru Vans Dan Stranger Things

 

Sumber: Vans Malaysia

Vans telah mengumumkan koleksi terbaru mereka. Kali ini ianya adalah kerjasama bersama siri TV popular Netflix, Stranger Things.


Terdapat tiga koleksi kasut dalam koleksi terbaru ini, iaitu: Sk8-Hi, Style 36 dan Authentic.


Sk8-hi

Untuk Sk8-Hi, terdapat lukisan artwork Demogorgon (raksasa dalam siri ini) serta tagline popular drama ini, Friends Don't Lie. Sentuhan koleksi ini sangat menarik serta memukau buat peminat Stranger Things. Nanti beli ye yang ni.


Style 36 pula mengambil inspirasi Hellfire Club, kumpulan yang dianggotai Dustin dan Eddie Munson. Dengan warna yang agak gelap serta sedikit pengaruh permainan Dragon and Dungeon. Yang ni pun boleh tahan padu juga.


Style 36 hellfire Club

Manakala yang terakhir iaitu Authentic, lebih kontras berbanding dua koleksi lain. Berwarna putih serta beberapa warna lain, ianya turut menampilkan kartun doodle serta pizza. Mungkin ini mendapat inspirasi daripada watak penghantar pizza, Argyle yang suka layan bare.


Authentic Surfer Pizza

Selain kasut, Vans juga turut menampilkan pakaian koleksi pakaian. Antara seperti woven camp shirt yang sangat kuat pengaruh 80an  lepak-lepak pantai. Selain tu, turut terdapat t-shirt yang padu yang menampilkan raksasa Demogorgons serta baju yang terdapat tagline, Man, I Need Vans.


Koleksi Vans x Stranger Things ini akan mula dijual pada 26 Ogos 2022. Terdapat di kedai-kedai Vans atau di: vans.com.my


Sumber: https://www.vans.com.my/news/post/vans-stranger-things-collaboration-season-4.html



Post a Comment

Previous Post Next Post