Kini bukan lagi rahsia! Filem terbaru One Piece Film Red akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022. Ianya disampaikan melalui Instagram GSC Cinema.
Filem ini terlebih dahulu ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos 2022.
Filem ini mencipta sensasi di Jepun apabila mendapat jualan tiket sebanyak 1,58 juta! Ianya mencapai kedudukan nombor 1 box office di pawagam negara tersebut serta sudah mendahului filem sebelumnya iaitu One Piece Stampede (2019) dari segi kutipan tiket.
Filem ini mengambil latar set di Island of Music. Apabila Uta, seorang diva popular melangsungkan konsert pertamanya di sana. Ia berjaya menarik para peminat dari seluruh dunia untuk menyaksikan konsert tersebut.
Namun ianya menjadi lebih kejutan apabila Uta adalah anak kepada Shanks? Betul ke tu? Korang tengok sendiri filem ni nanti bulan depan. Apa apapun jom layan trailer filem ni dulu dan nantikan ia ditayangkan pada 22 September 2022.
Post a Comment